HIMPUNAN ORANG ASAL PAHANG DI TEMERLOH

Himpunan Orang Asal PKR Pahang Zon Tengah


EHSAN:SPIRIT OF LUBUK KAWAH



































Temerloh, 7hb Ogos 2010: Bertempat di Dewan Sekolah Al Mukmin, Temerloh, seramai 250 anggota masyarakat Orang Asal dari Kuala Krau, Temerloh, Jerantut dan Bera telah berhimpun bagi menyatakan keyakinan perjuangan mereka didalam satu himpunan yang dinamakan HIMPUNAN ORANG ASAL PARTI KEADILAN RAKYAT PAHANG zon tengah.
Mereka telah hadir seawal jam 8.30 pagi dengan memulakan pendaftaran kehadiran mereka dan menunggu ketibaan Dato Seri Wan Azizah binti Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat yang melakukan perasmian Himpunan itu pada jam 10.00 pagi.
Dato Seri Wan Azizah dan Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang, telah sampai ke Sekolah Al Mukmin jam 9.20 pagi dan bersama-sama dengan dengan orang-orang Asal yang hadir menjamu selera dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih.
Turut hadir didalam Majlis Perasmian Himpunan Orang Asal tersebut adalah wakil-wakil dari Pakatan Rakyat Negeri Pahang, dari PAS yang diwakili oleh YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan dan Ustaz Rahim Latif, Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh, dari DAP oleh YB Leong Ngah Ngah, ADUN Kawasan Triang, Pahang.
Dato Seri Wan Azizah telah dihadiah dan dipakaikan pakaian headgear oleh Pn Nyah Kasim dan diakhir majlis perasmian dihadiahkan dengan beranika jenis buah-buahan.
Presiden KEADILAN yang diiringi oleh Fakeah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor meninggalkan Majlis jam 11.00 pagi dan terus bertolak ke Gelang Patah, Johor untuk program Ceramah disana bersama-sama dengan Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
3 buah kertas kerja telah dibentangkan didalam Himpunan Orang Asal Negeri Pahang Zon Tengah tersebut dan dibentangkan oleh Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang, Yusri Ahon, Timbalanan Pengerusi 2, Biro Orang Asal Negeri Pahang dan Tijah Yok Chopil, dari Persatuan Jaringan Kampong Orang Asal Semalaysia.
Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan 2 lagi Himpunan Orang Asal iaitu pada 26hb September, 2010 di Paya Besar untuk Zon Timur dan di Kuala Lipis untuk Zon Barat (tarikh akan ditetapkan kemudian).

No comments: