KIT SIANG BANTAH LANJUTKAN KONTRAK IGP

Ahli parlimen Ipoh Timur itu yang lantang membantah perlanjutan kontrak Musa tahun lalu berkata ketua polis negara yang baru diperlukan bagi menyuntik pasukan itu dengan dinamisme dan tenaga baru serta tahu hala tujunya.

Jika tidak, katannya pasukan itu sukar melaksanakan tiga fungsi asasnya - iaitu memastikan kadar jenayah yang rendah, menghapuskan rasuah dan melindung hak asasi manusia.

Lim berkata melanjutkan kontrak Musa adalah satu penghinaan kepada pasukan polis kerana ia menggambarkan seolah-olah mereka kekurangan pemimpin yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Malaysia mempunyai 100,000 anggota polis dan sukar dipercayai dari kelompok berkenaan tidak ada seorangpun yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan sehingga Perdana Menteri tidak dapat memilih seorang daripada 100 pegawai teratas...untuk layak dijadikan sebagai IGP baru,” katanya.


SUMBER MALAYSIAKINI