lawatan di Permatang Pauh baru-baru ini,7&8 Ogos .Masyarakat Permatanag Pauh memandang Anwar adalah ikon kepada perjuangan menegakkan keadilan dan reformasi negara.WRLR
GAMBAR BAWAH) Dari Blog ASD dan juga facebook YB Sim
Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang sangat berpengaruh. Bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, beliua merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh didunia oleh majalah Time 2008.
Pada awal pembabitannya dalam politik, beliau adalah ‘anak didik’ Tun Dr. Mahathir Mohammmad didalam UMNO dan Barisan Nasional. Kemudian beliau tampil sebagai seorang pengkritik paling lantang terhadap kerajaan setelah dipecat daripada UMNO pada 1998.
Pernah dijatuhi hukuman penjara, menjalani tempoh larangan berpolitik, dituduh ejen Yahudi dan dikecam pelbagai pihak namun tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang dalam politik khususnya Pakatan Rakyat. Dalam usia 63 tahun, beliau masih gagah walaupun menghadapi tekanan politik dari segenap sisi.
Pelbagai kecaman dan tuduhan diterima, ditambah pula dengan factor kesihatan, adakah Dato Seri merasakan sedang berhadapan dengan situasi amat sukar sekarang? Bagaimana Dato Seri menghadapinya?
Anwar : Saya menggangap situasi ini sebagai menimba pengalaman. Saya tidak boleh menafikan bahawa soal tekanan ini melelahkan juga kerana saya tidak terfikir pemimpin Melayu UMNO akan melakukan sejauh ini kepada saya
Kalau ditanya adakah sukar bagi saya? Ya Sukar, Apakah saya ada pilihan? Ya, saya tidak menpunyai pilihan, saya tahu risikonya.
Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. Malah tidak ada manusia yang umurnya sudah melebihi 60 tahun mahu disumbat kepenjara. Saya tidak fikir akan dipukul dan diaibkan setiap hari melalui media malah tidak pernah terkecualipun. Saya tidak menjangka keadaan akan menjadi seperti sekarang.
Tetapi saya bersyukur, tidak semua masyarakat terpengaruh dengan apa yang diberitakan. Ada yang menilai, ada yang menerima dan ada yang menolak.Pengalaman lalu itu sangat berharga bagi saya.
Pada usia 60-an Dato Seri Nampak gagah dan bersemangat dalam politik, apakah Dato Seri tidak dihimpit dengan masaalah kesihatan?
Anwar : Soal kesihatan, Alhamdulillah. Isteri saya doctor dan dia memang menitikberatkan soal kesihatan dan pemakanan saya. Pagi minum air panas dan madu. Memang boring breakfast pasal dia kata madu itu saja yang dia benarkan, madu yang lain tak boleh (sambil ketawa). Cuma bahagian belakang saya yang masih terasa sakit akibat kecederaan dalam tahanan dulu, iaitu agak lenguh, kalau naik tangga saya kena berhati-hati dan lebih selesa berpaut.
Pilihanraya ke13 adalah penentu sejauh mana pengaruh perjuangan Pakatan Rakyat. Adakah Dato Seri meletakkan PRU ini sebagai matlamat misi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara?
Anwar : Berdasarkan scenario politik sekarang, saya yakin PR akan memperoleh apa yang disasarkan. Kalau kita tengok situasi yang berlaku, saya Nampak UMNO begitu sukar untuk mempertahankan kerajaan mereka sekarang. Sebab itu bila kita sentuh isu Felda mereka gentar.
Mereka belum menjawabpun isu itu, malah mereka sedang hangat pula memperkatakan tentang kerajaan perpaduan UMNO dan PAS. Usaha itu memperlihatkan seolah-olah UMNO begitu berhempas pulas untuk memecahkan perpaduan antara PAS dan PR.
Kenapa mereka buat begitu adalah kerana UMNO tahu, sukar untuk mereka mempertahankan kerajaan yang mereka ada sekarang dalam pilihanraya umum akan datang.
Walaupun UMNO menafikan tapi kita nampak usaha itu, kerana itu saya yakin perjuangan PR dalam pilihanraya umum akan datang akan membuahkan hasil, Insyaallah..
Kita akan mempertingkatkan program penerangan kepada akar umbi.
Apa pandangan Dato Seri tentang pilihanraya masakini serta tekanan yang dihadapi PR dalam menghadapi PRU13?
Anwar : Nak kata system pilihanraya sekarang tidak menipu, sukar. Kita semua tahu dan maklum isu ini terutamanya pengendalian undi pos dan pengecualian terhadap ratusan ribu rakyat kita diluar Negara yang tidak dibenarkan mengundi. Itu semua menggambarkan ketirisan dalam pilihanraya. Tapi saya yakin, kita masih ada kekuatan. Kita bertawakal dan ambil keputusan secara bijak dan kita laksanakan.
Kalau ikut pertimbangan yang ada, saya tak fikir UMNO boleh menghalang seratus peratus kemaraan PR dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Soal tekanan yang dihadapi, saya akui PR menghadapi tekanan yang lebih keras. Strategi UMNO yang mempergunakan taktik kekangan media dan halangan menjalankan ceramah sedikit menekan usaha kita
Umpamanya seperti apa yang berlaku di Port Dickson baru-baru ini, proses mendapatkan permit ceramah amat sukar. Begitu juga dengan penguasaan media-media di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang media didominasi oleh sebelah pihak.
Apa yang dilakukan terhadap Suara Keadilan contohnya, tapi saya faham masaalah dan tekanan yang dihadapi pihak media juga. Jadi saya serah kepada kebijaksanaan media itu sendiri dan saya percaya dengan kebebasan media.
Apakah Dato Seri melihat kepimpinan Perdana Menteri sekarang mempunyai keterbukaan kepada media?
Anwar : Keadaan telah berubah, kerana untuk beri kekangan kepada media seperti dulu agak susah. Najib lebih cenderung dipandang liberal dan demokratik. Tetapi untuk member kekangan danlarangan kepada media tidak mudah, umpamanya seperti Suara Keadilan.
Saya akui selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi memerintah, ada sedikit ruang kepada kebebasan media, tetapi kepada media arus perdana mereka kekangan itu kelihatan lebih keras dari dulu, masih ada usaha untuk menyekat mereka kelihatan.
Saya boleh agak terutama kepada berita-berita tertentu. Keadaan ini juga memaksa kerajaan UMNO menerima kenyataan baru dan reality politik yang ada sekarang.
Maksud Dato Seri?
Anwar : Saya melihat ada berita dipaparkan Sinar Harian yang dilihat sebagai berani, iaitu menyiarkan kenyataan positif tentang saya, saya kira itu agak bahaya dan fobia bagi kerajaan Persekutuan.
Saya kenal tokoh-tokoh didalam UMNO ini tetapi saya bersyukur walau apa pun yang mereka lakukan ianya tidak terlalu menganggu saya.
Berhadapan dengan UMNO saya perlu bersedia apabila etika dan kebenaran tidak dipedulikan. Tidak perlu gundah gulana, saya kena bersedia menghadapi rasuah media. Saya berdoa moga-moga kalian (Media) dapat menjalankan tugas dengan baik.
Wawancara asal telah disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Cetak pada 16 Julai yang lalu.
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Fathil HA Setiausaha Kerja PKR Permatang Pauh yang memberikan kerjasama...