Posted by admin | Saturday, August 21, 2010
TINDAKAN Jemaah Gereja Dove Outreach yang akan melakukan aksi pembakaran Al-Qur`an sedunia yang di kawasan lapang Gereja Dove Outreach World Center, Florida, Amerika Syarikat, pada 11 September 2010 hanya disifatkan sebagai akan menghancurkan keangkuhan nama Amerika di mata dunia Islam.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (Sabah), Zainuddin Hassan berkata demikian sebagai mengulas perancangan rapi yang dibuat oleh gereja berkenaan yang menamakan aksi tersebut sebagai ‘Hari Pembakaran Al-Qur`an Se-Dunia’ sebagai protes dalam bentuk peringatan tragedi penyerangan Menara Kembar World Trade Center, New York, pada 11 September 2001.
"Kita seru mereka membatalkan niat mereka demi menjaga keamanan sejagat dan tidak ada gereja di Malaysia mengikut jejak langkah mereka, kerana akan menimbulkan ketegangan agama dan perbalahan kaum,” ujar Zainuddin yang menyifatkan tindakan tersebut dilihat sebagai tidak bertamaddun dan menganjurkan provokasi yang didalangi kumpulan fanatik dan Yahudi.
Zainuddin juga meminta umat Islam di Malaysia bersabar dan tidak mencetuskan huruhara sebagai tindak balas terhadap insiden yang menghina agama Islam kerana Islam adalah agama yang mengajarkan kedamaian sekalipun kepada penganut agama lain.
Tindakan gereja berkenaan kata Zainuddin, untuk meledakkan kemarahan umat Islam di serata dunia diharap tidak berjaya dan mereka akan menerima balasan daripada Tuhan yang maha kuasa kerana menghina kitab suci penganut agama lain.
Dalam pada itu, Zainuddin menggesa campurtangan Presiden Amerika, Barrack Obama yang dipercayai adalah penganut agama Islam kerana hampir setiap satu daripada empat warga Amerika Syarikat yakin bahawa Barack Obama adalah muslim sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Daily Mail.
Zainuddin menegaskan, mengikut laporan akhbar tersebut, Obama yang mempunyai nama tengah Hussein telah menganut agama Islam karena dia memainkan peranan penting membina masjid berdekatan lokasi pemboman 9/11 di New York yang menimbulkan pelbagai kontroversi, terutama kerana menerima dana daripada Iran dan Arab Saudi.
“Obama menyatakan bahawa Muslim memiliki hak yang sama untuk menjalankan agama yang dianut, tidak berbeza dengan hak setiap orang yang berada di AS,” kata Zainuddin yang meminta Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam turut mengikut jejak langkah Obama yang menjadikan visi umat Islam melihat masjid yang akan dibangunkan di Park 51 atau Cordoba House setinggi 13 tingkat akan menjadi kenyataan; sama dengan hasrat Penganut Mazu untuk melihat Patung Dewi Laut Mazu berdiri tegak di Kudat, berdekatan Marina Golf Resort.
Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)