ANAK ANAK KAT MALAYSIA PUN BELAMBAK TERBIAR..........TU TAK MASUK YANG BUANG SANA BUANG SINI.........

Rosmah pelawa kanak-kanak laos sertai Program Permata Pintar

VIENTIANE 3 Jun - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mempelawa kanak-kanak pintar di Laos mengikuti summer camp Program Permata Pintar kali kedua yang akan diadakan pada Disember ini.

Beliau berkata, bagaimanapun kanak-kanak yang diterima masuk mesti terlebih dahulu menjalani peperiksaan yang ditetapkan bagi mempastikan mereka akan dapat mengikuti program yang dirancang oleh Universiti John Hopkins.

"Kita akan pelawa mereka, tetapi terserahlah sama ada mereka dapat menerima program yang dijalankan itu dan mendapatkan calon yang sesuai," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Laos.

Dalam acara berasingan, Rosmah yang mengiringi suaminya pada lawatan rasmi itu, melawat Universiti Laos serta sebuah tadika dan sekolah bagi kanak-kanak pintar yang terletak dalam kawasan kampus universiti itu di sini.

Isteri Perdana Menteri itu berkata, dalam pertemuan beliau dengan pihak pentadbir universiti serta sekolah berkenaan, mereka mengakui bahawa banyak bantuan dan pembangunan pembelajaran diperlukan.

Beliau berkata, mereka juga berharap dapat mempelajari teknik pembelajaran yang terkini seperti di negara lain yang lebih maju.

No comments: