Doktor HKL Ubah Fikiran



Doktor HKL Ubah Fikiran

Friday, 04 June 2010 11:04 AM Oleh erapakatan

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes konspirasi ke- 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangguh tengah hari tadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan apabila seorang pakar perubatan mengubah kenyataannya yang sebelum ini mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat.

Doktor Mohd Razali Ibrahim antara 3 pakar yang memperakukan laporan mengesahkan tidak ada bukti berlaku tusukan pada dubur Saiful.

Namun apabila dipanggil oleh ketua pendakwaraya hari ini untuk memberi keterangan, Dr Mohd Razali berkata laporan Jabatan Kimia meyakinkan beliau bahawa Saiful diliwat walaupun beliau tidak mempunyai tanda- tanda kecederaan untuk menyokong hujah itu.

Perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memasuki fasa yang memperinci bukti-bukti perubatan bersabit pertuduhan terhadap beliau.

Pakar Bedah Jabatan Pembedahan, Doktor Mohd Razali diminta menjelaskan laporan klinikal forensik HKL yang ditandatangani oleh beliau dan 2 pakar lain.

Laporan ini jelas menyebut tidak ada bukti klinikal yang mencadangkan berlakunya penembusan ke dalam dubur Saiful.

Ia juga merumuskan tidak ada tanda- tanda kecederaan mempertahankan diri pada tubuh Saiful.

Rumusan itu dicapai setelah Doktor Mohd Razali, Pakar patologi Forensik HKL, Doktor Siew Sheue Feng dan Pakar Rawatan Trauma HKL Doktor Khairul Nizam turut meneliti laporan Jabatan Kimia.

Namun pada hari ini, Dr Razali berkata laporan HKL ini tidak konklusif.

Beliau mengambil pendirian bahawa selepas meneliti laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, kini ada pula kesan tembusan pada dubur Saiful.

Malah menurut Doktor Razali, walaupun tidak ada tanda- tanda luka atau kecederaan, kesan tembusan itu konsisten dengan rentetan dakwaan Saiful.

Keterangan Doktor Razali yang membelakangkan laporan perubatan rasmi HKL mengejutkan pasukan peguambela Anwar.

"Dia telah mengemukakan pendedahan baru yang tidak pun ditimbulkan sebelum, dan bercanggah dengan laporan sebelum ini. Ini tidak betul. Ini sekali lagi cubaan untuk menyerang hendap pasukan peguambela," kata Sangkara.

Sankara juga kesal kerana mahkamah tidak memberikan ruang untuk pihaknya mendapatkan khidmat pakar- pakar berkaitan bagi memperinci keterangan Doktor Razali sebelum Karpal Singh memulakan soal balas.

"Kita telah meminta kebenaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar- pakar yang berkaitan tetapi ini di tolak. Jadi kami terpaksa hanya bergantung kepada seorang pakar," katanya lagi.

Ini bermakna pasukan peguam Anwar hanya terpaksa bergantung kepada Doktor David Well, seorang pakar forensik dari Australia.
Beliau tiba dari Sydney pagi tadi.

Dalam pada itu anwar tenang menerima keterangan daripada Doktor Razali yang menurut beliau penuh dengan kesangsian dan tanda tanya.

“kita ada pakar yang akan meneliti keterangan doctor yang pada mulanya mengatakan mengesahkan laporan tidak ada tembusan ataupun 'penetration' tapi sekarang bawa keterangan, bawa dari kajian makmal tapi kajian makmal tu belum lagi dibentangkan, adakan disebut juga tentang air mani tidak disebut air mani siapa, berapa DNA yang didapati, 1,2,3 didalam dubur berkenaan, jadi hal itu semua akan dihujah oleh kerana keterangan- keterangan itu baru kita dapat tadi pertama kali setelah satu tengah tahun, 2 tahun ya, baru dapat keterangan bahwa ada sampel itu disimpan, sebelum ini ada bertulis daripada polis tidak ada sampel, jadi semua ini akan kita hujah mengapa ada percanggahan- percanggahan besar yang diberikan dalam keterangan tadi,” kata Anwar.

No comments: