ADA MAMAT DAPAT RM 300 MINTA SIASAT PKR.....

Bekas pemimpin minta ROS siasat PKR

IPOH 4 Jun - Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda hari ini mendakwa parti itu melakukan penipuan dalam penyediaan laporan tahunannya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya membuat aduan kepada ROS ini agar dapat menjalankan siasatan bahawa selama ini PKR adalah sebuah parti yang menipu.

"Rakyat harus sedar, PKR sudah tenat dan mereka tidak harus tertipu dengan menyokong parti didokong oleh pemimpin berkepentingan diri sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan memorandum meminta ROS menyiasat dakwaan penipuan laporan tahunan PKR.

Dakwa Fauzi, kebanyakan cabang PKR Perak yang menjalankan mesyuarat agung tahun lalu tidak sah kerana tidak cukup kuorum.

"Ada cabang-cabang yang tidak menjalankan mesyuarat tetapi menghantar laporan palsu kepada ROS kononnya mereka sudah mengadakan mesyuarat," dakwa beliau.






SUDAH KELUAR DARI PKR, MAKA KELUAR DAN JAGA LAH PARTI KERAMAT YANG DISERTAI.KENAPA SIBUK UNTUK MENYIASAT URUSAN RUMAHTANGGA ORANG LAIN. PELIK JUGA MAMAT SEKOQ NI...