BANYAK YANG NYANYUK DAN PERLU YANG MUDA.

UMNO perlukan pembaharuan

KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.

Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains dan Sastera, Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin.

Katanya, sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.

''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Saya percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai pandangan dan cadangannya kepada UMNO yang akan menyambut ulang tahun ke-64 esok.

Mengulas lanjut, Noor Sulastry yakin, jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO.

''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,'' kata beliau.


YANG LAMA DALAM UMNO KADANG-KADANG LEBIH JELAS DARI YANG MUDA-MUDA DALAM UMNO.TUA MUDA SAMA SAHAJA KERANA TIDAK PUNYA MATLAMAT UNTUK MEMAJUKAN BANGSA DAN MENIGKATKAN MARUAH NERAGA DI MATA DUNIA.

No comments: