64 TAHUN UMNO???? OH TIDAKKKK

Sempena ulangtahun ke-64 tahun Umno, pemimpin parti itu digesa dapat mengubah tingkah laku masing-masing dengan lebih mengambil berat dan mengutamakan masalah rakyat berbanding kepentingan individu.

Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata, perubahan itu perlu dilakukan supaya parti itu lebih relevan kepada orang ramai, khususnya kaum Melayu.

"Saya ingin melihat perubahan tingkah laku pimpinan Umno supaya mendahulukan rakyat," katanya ketika diminta mengulas sambutan ulangtahun parti itu yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

Sambutan ulangtahun Umno esok dilaporkan akan dijalankan secara sederhana melibatkan acara bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat.

Presidennya Datuk Seri Najib Razak juga dijadualkan berucap di hadapan 3,000 anggota parti itu dan menyampaikan anugerah tokoh Melayu terbilang.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata, kemerosotan sekongan terhadap Umno dalam pilihan raya umum sebelum ini bukan bermakna parti itu lemah tetapi "berkaitan dengan kepimpinannya yang sombong".

"Pemimpin Umno pada masa lalu, kurang mesra terhadap rakyat. Tetapi kini, pemimpin Umno dilihat lebih prihatin dan ia sejajar dengan konsep Satu Malaysia," katanya.

Bimbang pada generasi muda

Sementara itu, Setiausaha Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pula berpendapat, sempena sambutan ulangtahun Umno esok, pemimpin Umno di semua peringkat diharapkan akan lebih memberikan komitmen bagi kesinambungan Umno pada masa akan datang.

"Jika ahli tidak memberi komitmen kepada parti, rakyat akan hilang keyakinan dan menolak parti ini pada masa akan datang," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, Umno juga dilihat semakin menawan hati rakyat berdasarkan keikhlasan yang tergambar dalam kemenangan BN di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

(BELUM TENTU KEMENANGAN INI DI KATAKAN MENANG.CUBA KIRA JUMLAH UNDI BAGI 3 DUN SUDAH TENTU KURANG DARI PILIHANRAYA 208 LALU.)

Sementara itu, Ketua Umno Pendang Md Rozai Shafian pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, setiap ahli parti itu perlu mematuhi arahan pucuk pimpinan dan memahami amanat yang disampaikan.

Beliau yang juga setiausaha BN negeri turut menyatakan kebimbangannya terhadap golongan muda dalam parti itu yang didakwanya semakin melupakan sejarah.

(GOLONGAN MUDA TELAH MEMAHAMI APA ITU UMNO/BN DAN APA ITU PAKATAN RAKYAT)


Tambahnya, katanya, sempena ulangtahun ke 64 Umno, beliau berharap semua ahli akan berusaha memenuhi wadah perjuangan
yang telah digariskan dalam perlembagaan parti.

Slogan 'perubahan'

Ulangtahun ke-64 Umno esok dilihat penting bagi menilai semula sama ada parti Melayu itu terus relevan dalam persada politik tanah air, lebih-lebih lagi selepas menerima tamparan hebat dalam pilihan raya umum dua tahun lalu.

Pada tahun 2008, selepas enam dekad mendominasi politik Malaysia, BN - yang ditunjangi Umno - buat pertama kali hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen dan melepaskan empat negeri ke tangan pembangkang.

Justeru, slogan "perubahan" mula kedengaran semula dalam parti itu, termasuk dalam mesyuarat agung dalam konvesyennya sepanjang dua tahun ini,

Parti itu juga terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengadakan perhimpunan agung khas pada Oktober tahun lepas, termasuk menghapuskan sistem quota bagi bertanding kerusi presidennya sendiri.

Selepas beberapa siri kekalahan dalam pilihan raya kecil, Umno baru-baru kelihatan bangkit semula apabila merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor daripada tangan PKR.

Namun, nasibnya masih menjadi tanda-tanya banyak pihak ekoran kelemahan ketara rakan komponen BN - yang antaranya bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan hilang kepercayaan kaum masing-masing.