ORANG HULU SELANGOR JANGAN PERCAYA BERITA BAIK INI

Ekonomi baik beri kelebihan BN untuk menang di Hulu Selangor

14/04/2010 10:29am

KUALA LUMPUR 14 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sentimen terkini dan angin perubahan oleh pengundi pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada hari pengundian, 25 April ini.

Bagaimanapun, katanya, BN tidak boleh terlalu yakin dan mengambil mudah terhadap faktor itu, sebaliknya perlu lebih berhati-hati berhadapan tentangan besar pihak pembangkang nanti.

"Saya percaya berdasarkan sentimen terkini dengan perubahan sokongan dan keadaan ekonomi yang bertambah baik, kelebihan ada pada kita.

"Saya berharap itu menjadi asas pada pengundi nanti,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2010 di sini hari ini. - Utusan




BAIK APA...CIKGU SEKOLAH PUN TAK BOLEH BAGI CUKUP,GURU SEKOLAH PUN TAK CUKUP,NAK AMBIL GURU SANDARAN PUN TAK MAMPU......ITU BAB SEKOLAH BELUM BAB LAIN LAGI...

No comments: