Cabaran BN Kerana Takut

Cabaran BN Kerana Takut

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Kemarahan pengundi Melayu di Hulu Selangor terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan mereka mencabar Pakatan Rakyat (PR) meletakkan calon bukan melayu di parlimen tersebut.

"BN tidak perlu mengajar PR untuk meletakkan sesiapa juga dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

"Hakikatnya cabaran BN itu adalah untuk mengalihkan perhatian pengundi di Hulu Selangor yang kecewa dengan tindakan BN yang tidak meletakkan calon Umno di Hulu Selangor," kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, Umno dan Barisan Nasional selalu bercakap mengenai orang melayu yang terpinggir di Pulau Pinang namun BN jelas memulaukan orang Melayu di Hulu Selangor apabila meletakkan calon bukan melayu di Parlimen Hulu Selangor.

"Tindakan BN meletakkan calon bukan melayu jelas menimbulkan kemarahan orang melayu kerana semua maklum pengundi terbesar di Hulu Selangor adalah orang Melayu dan tindakan BN itu seolah-olah membelakangkan pengundinya," jelas Tuan Ibrahim.

Terdahulu, parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April kononnya ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

No comments: