PERAH PETRONAS UNTUK BANTU NAIKKAN EKONOMI

Petronas diperah stabilkan ekonomi negara

Wednesday, December 2009 12:46 PM Oleh Redzuan

KUALA LUMPUR, 30 Disember: Kemerosotan untung Petronas pada 2009 menggusarkan pemerhati ekonomi mengenai bagaimanakah Menteri Kewangan akan mendapatkan sumber dana bagi memenuhi tuntutan Bajet 2010 yang diluluskan pada 14 Disember lalu.

Sebelum ini Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertikaikan junlah sumbangan Petronas yang begitu besar sehingga melebihi 50 peratus dari hasil yang menampung bajet.

Hal itu menjadikan Malaysia bukan negara industri sebenar sebaliknya negara yang bergantung kepada sumber asli. Dengan kejatuhan 13 peratus untung Petronas seperti yang diumumkan oleh syarikat itu baru-baru ini maka peruntukan ke atas bajet negara juga akan terjejas.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menganggap fenomena tersebut hanhya menyulitkan kerajaan pada masa depan. Tambahan pula Petronas terpaksa membayar dividen kepada kerajaan walaupun perolehannya berkurangan.

“Apa yang malangnya dalam suasana ini Petronas tetap juga membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan pada 2009. Petronas terpaksa mengambil dari rezabnya sendiri untuk membayar dividen.

“Petronas juga mengeluarkan bon dan sukuk sebanyak RM15 bilion. Mengapa Petronas perlu meminjam dengan mengeluarkan bon?

“Selainj itu Petronas sejak 2005 tidak lagi membuat pelaburan kembali dari hasil keuntungan minyak. Kerajaan sudah melampau dalam memerah kewangan Petronas. Ini melambangkan pengurusan kewangan kerajaan yang tempang,” bidasnya.

Bagi Dr Dzulkifli, negara industri maju sepatutnya hanya bergantung sebanyak 20 peratus kepada hasil bumi bukannya seperti Malaysia hampir separuh dari bajetnya datang daripada hasil petroleum.

No comments: