SPR sekali lagi akan membentangkan cadangan agar dibacakan didalam dewan bahawa tempoh 24jam perlu diperkenalkan semula kepada rakyat sebelum mereka keluar mengundi.Menurut menteri yang menjaga warisan rakyat,tempoh bertenang itu perlu supaya rakyat dapat memilih parti mana yang akan mereka pangkah untuk menjadi wakil mereka.i bermakna selama ini rakyat malaysia belum cukup bertenang semasa mengundi,jadi mengundi untuk memilih Pakatan Rakyat.
Umum mengetahui bahawa ada hanya 7-8 jam sahaja sebelum tamat berkempen untuk rakyat mengundi.Ini mungkin masa yang sesuai bagi rakyat membuat keputusan sama ada untuk memlih mana satu yang terbaik dalam fikiran mereka untuk memangkah.Temoh 24 jam bermakna masih ada sehari semalam untuk mengundi.persoalannya ialah adakah TV3 dan TV1 serta lain-lain saluran digunakan untuk berkempen diketika ini???inilah yang ditakutkan berlaku .sedangkan di pihak pembangkang tidak punya langsung peluang untuk berkempen didalam media eletronik kerajaan .
Usaha-usaha ini sebenarnya terkebelakang kerana kesempatan 24 jam tadi akan digunakan oleh pihak pemerintah menyiarkan berbagai rakaman yang akan meminda dan mengubah fikiran rakyat.inilah peluang yang diharapkan oleh pemerintah untuk mengubah persepsi yang akan diberikan kepada rakyat.
Kita berharap agar perkara ini di berikan perhatian yang serius supaya wakil Pakatan Rakyat yang berada didalam dewan akan mengundi untuk tidak menyokong usaha untuk membenarkan tempoh 24 jam ini sebagai satu jalan yang bertujuan memberikan kelebihan kepada pihak tertentu untuk mengambil kesempatan dan bukan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk bertenang sebelum mengundi.