JANGAN IKUT CARA BN










JANGAN IKUT CARA BN

OLEH:Amiruddin Ahmad


Dalam sidang media yang di berikan sempena lawatan beliau ke Permatang Pauh dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat , beliau menjelaskan bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat yang kukuh dan dengan perlantikan jentera AMK yang baru menjadikan parti lebih perkasa dan dengan ini parti lebih baik dan komitman parti ialah agar isu yang berkaitan dengan bangsa haruslah di bincangkan dengan baik dan tidak menyentuh mana-mana pihak.Beliau seterusnya menjelaskan bahawa jika parti kita Pakatan Rakyat mengambil sikap yang sama dengan Bn, maka ini adalah salah dan rakyat muak dengan agenda seperti ini. , dan dengan sokongan golongan muda,yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, ianya dilihat sebagai satu kekuatan untuk generasi muda dan mengharapkan agar generasi muda tidak merasa terpinggir atau menjadi manusia yang takut.

“Jika kita katakan Umno perkauman, cara kita sama membicarakan soal perkauman ,kita tidak akan menang dengan cara sebegini, maka kita mesti memupuk semangat kekeluargaan Malaysia.Sudahlah Umno menolak semangat bersatu dan mengamalkan perkauman,agama dan ini , kita tidak boleh , hanya dengan memainkan agenda sendiri.”Beliau merujuk kepada tuntutan kepada kerajaan PAS kedah berhubung dengan pengambilan tanah untuk tempat penyembelihan khinzir seperti yang di persetujui oleh kerajaan Kedah.

Sebelum itu beliau menjelaskan bahawa dengan memebuat tuntutan tanpa perbincangan akan mengeruhkan hubungan kaum, dan ini bukanlah cara apa yang di amaalkan oleh semangat kekeluargaan dalam Pakatan rakyat.

“Apa yang saya fahami setelah mendapat maklumay dari YB Manikumar, semua pengambilan tanah telah di bayar dengan sebaik yang mungkin” demikian jelas Anwar lagi.


Berhubung dengan BTN , ada beberapa pihak cuba mambawa isu ini agar ianya diteruskan.malah ada yang mempertahan kan agar BTN ini di teruskan tanpa merubah sukatan dan juga apa yang telah ada dengan tujuan supaya BTN ini dapat menjadikan dan sebagai satu pusat mengasah semangat perkauman yang dilihat sebagai satu badan yang diletak dibawah Perdana Menteri.

“ Isunya di sini ialah berkaitan dengan lagu yang bawa sendiri pun, cuba kaji lagu BTN Ada lagu bumi di pijak milik oang,bermakna bumi ini milik Melayu dan oanrg Melayu terpinggir.Ini membawa kepada sentimen dan kebencian terhadap orang lain”


Hakikatnya ialah menurut Dato seri Anwar lagi , semua kontrak dan kekayaan hanya bertumpu kepada orang kaya yang terdiri dari sahabat, rakan dan juga saudara mara.Beliau memberikan contoh bagaimana syarikat Genting dan juga Bukit Tinggi , IPP, Malakoff yang di kuasai oleh individu yang didalamnya ada juga berbagai bangsa namun mereka ini menjadi kaya raya dan bukan memperkayakan rakyat.

DS Anwar kemudiannya memberikan bantuan kepada beberapa surau yang bawah parlimen Permatang Pauh di mana di bekalkan sistem pembesar suara kepada 6 buah surau , memberi bantuan kepada adik Nurul Afzarina 7 bulan ,kanak-kanak yang mengalami sakit jantung dan telah menjalani pemebedahan jantung juga memberi bantuan kepada Khor Ah Ba 69 tahun golongan kurang upaya sebuah kerusi roda sebagai sumbangan kepada masyarakat Permatang Pauh.

No comments: