SHUKRI BAKAL DI TAHAN POLIS ??


Terhadap Pahang Daily Online, Editor PDO Bakal Ditahan Sekali Lagi Untuk Hadapi Siasatan Lanjut


KUANTAN, 5 Okt - Lanjutan daripada kes saman RM2 juta, Saiful Bukhari Azlan terhadap blog Pahang Daily Online (PDO), maka kami ingin memaklumkan bahawa salah seorang Editor Eksklusif PDO iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 38 atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau bakal ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam masa terdekat ini.


Menurut sumber, pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman akan menahannya sekali lagi untuk siasatan lanjut kes tersebut. Beliau sebelum ini telah ditahan dan disoal siasat selama lebih 8 jam berhubung dengan kes tersebut. Difahamkan, sehingga ke hari ini peguam Saiful masih belum menyerahkan writ saman yang difailkan berhubung dengan laporan fitnah terhadap penyakit misteri beliau selama ini.

"Saya telah dihubungi oleh pegawai penyiasat JSJK Bukit Aman semalan, yang menyatakan mereka akan datang ke Kuantan untuk menahan saya dan isteri berhubung kes berkenaan" kata Shukri. Kes saman Saiful terhadap PDO menggemparkan negara sebelum ini, namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang berlaku. Saiful kini sedang berhadapan dengan kes liwatnya dengan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Mohd Shukri yang dikenali sebagai salah seorang editor Pahang Daily telah di tahan sebanyak 2 kai sebelum ini.Penahanan lepas berlaku dalam tahun ini juga.

No comments: