KES MB-JIKA DILIHAT SITUASAI APA YANG TERJADI DALAM KES LINGGAM-SEMUA DAPAT MENEKANYA

PENDAPAT UMUM-M,KINI

TUNGGU MAHKAMAH RAKYAT

Jika di lhat dari kes yang berlaku dalam isu video Linggam, umum dapat meneka apakah kes MB lawan MB ini akan berakhir dengan kemenangan YB Nizar.Namun boleh di teka bahawa ianya mungkin menjadi 3-2 buat Nizar kerana , ianya bukan mahkamah rakyat yang menentukan. JIka mahkamah rakyat yang menentukan, sudah tentulah ianya menjadi 5-0 atau pun 4-1 buatNizar.

Adalah tidak mungkin Umno akan membiarkan PR menconteng setelah sejauh ini Umno telah memiliki Perak. Soal sah atau tidak , namun adalah tidak mungkin untuk membenarkan 11 hakim mendengar kes ini jika Umno telah melakukan yang terbaik untuk menawan Perak.

Meminta Umno untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan kerajaan Perak sama seperti mengharapkan Hitler mengampunkan Nazi.

Kemungkinan Nizar memenangi 3-2 juga adalah sesuatu yang tidak di jangka.Menahan dan memiliki Perak untuk masa kini tidak juga menguntung Umno. Jadi keputusan mungkin 3-2 dan akhirnya Perak akan mengistiharkan pilihanraya negeri atau pun menunggu pilihanraya umum nanti dan dengan isu bahawa kerajaan BN memberikan keadilan kepada rakyat Perak adalah sesuatu yang begitu nampak elok di mata rakyat dan pentadbiran DS Najib.

JADI PR HARUS BERSABAR DAN KEMPEN BERTERUSAN ADALAH LEBIH BAIK SEHINGGA MAHKAMAH RAKYAT MENENTUKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM NANTI.