AS kenakan sekatan ke atas subsidiari bank Iran di Malaysia
06/11/2009 2:45am
WASHINGTON 5 Nov. - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas sebuah subsidiari Bank Mellat milik Iran yang beroperasi Malaysia kerana dikatakan membantu membiayai perkembangan senjata pemusnah besar-besaran.
Jurucakap jabatan itu berkata, Bank Mellat telah ‘membantu berjuta-juta dolar untuk program nuklear Iran’.
Sekatan juga dikenakan terhadap pengerusi Bank Mellat, Ali Divandari yang memainkan ‘peranan penting dalam aktiviti dan proses membuat keputusan’ bank tersebut.