DUIT TUNAI DIHANTAR DITEMPAT LETAK KERETA.TIONG DAKWA DALAM LAPORAN POLISNYA



KUALA LUMPUR- Datuk Seri Tiong King Sing’s mendakwa bahawa wang sebanyak RM 10 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat telah di serahkan kepada beliau dalam bentuk 3 kali ansuran iaitu sebanyak RM 5 juta, RM 1juta dan RM 4 juta demikian sebagaimana yang di laporkan oleh akhbar China Press.

Dakwa akhbar tersebut, semua butiran penyerahan wang tersebut di dapati dalam satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Tiong terhadap Ong minggu lepas.

Berdasarkan dalam laporan tersebut, Ong telah meminta sebanyak RM5 Juta bantuan pada tahun 2008.

Tiong mendakwa bahawa RM 5 juta dimasukkan kedalam 2 buah briefcases dan di temani oleh 2 orang pegawai beliau ,dia memberikan wang tersebut kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu selepas itu, Tiong kemudiannya didatangi lagi oleh Ong untuk mendapatkan RM 1 juta.Kali ini wang tersebut diberikan kepada orang yang mewakili Ong di tempat letak kereta di hadapan Hotel Armada,Petaling Jaya

Seterusnya di akhir 2008, Tiong sekali lagi bersetuju untuk menderma sebanyak RM4 juta kepada Ong.Tetapi pada kali ini Ong datang sendiri dengan mengambil sendiri duit tersebut di rumah tetamu rumah kerajaan.

Wang tersebut sebagaimana yang di dakwa Tiong dalam klaporan polisnya di letakan di dalam bonet belakang keretanya.lapor akhbar tersebut.

Bercakap dalam beberapa kenyataan yang berulang, Tiong menjelaskan lagi cabaran beliau untuk melihat sebanyak mana Ong dan juga isterinya mempunyai akaun dengan jumlah wang mereka di dalam akaun bank mereka.









Dia juga mendakwa keputusan yang dbuat oleh Ong untuk memecat Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai timbalannya adalah kerana untuk mengalihkan isu berhubung sakandal Rm10 juta tersebut


Ong melakukan saman sejumlah RM500 juta keatas Tiong minggu ini selepas menafikan tuduhan tersebut.


Akan tetapi Tiong bersedima untuk ke mahkamah dan endakwa bahawa beliau adalah saksi dan terlibat secara langsung memberikan wang sejumlah RM 10 juta kepada Ong.Kenyataan pejabat MCA berkata mereka tidak menyimpan rekod mengenai penerimaan wang tersebut.

Tiong juga mendakwa bahawa tuduhan beliau berbuat demikian adalah untuk membela Dr Chua untuk menjatuhkan Ong adalah tidak benar.

“Jika saya begitu baik dengan Chua, kenapa saya memberikan derma sebanyak RM10juta kepada beliau dan tidak kepada Ong” demikian jelas Tiong lagi.

Ong dapati bahawa beliau tidak dapat menafikan beliau pernah menjadi sahabat baik kepada Tiong.

Bagaimana pun beliau menafikan terbabit mengambil Rm 10 juta , Ong juga didapati mengunakan jet peribadi Kuala Dimensi SDn BHD syarkat yang dikuasai oleh Tionng.

KDSB adalah syarikat yang dikaitkan dengan skandal PKFZ dimana Ong menggunakan jet peribadi syarikat tersebut.


Akan tetapi dalam usaha untuk membersihkan imej beliau selaku pemimpin, Kementerian yang di kuasai beliau menyalahkan syarikat yang di kuasai Tiong dalam skandal PKFZ


Terjemahan dari Malaysian Insider


No comments: