ADAKAH PPSMI AKAN DITERUSKAN?
updates 2.30
Adakah dasar PPSMI akan diteruskan??ianya bergantung kepada pihak kerajaan bagi menentukan sama ada ianya akan di teruskan atau ainya akan di mansuhkan.Semalam dalam satu bancian yang dijalankan oleh merdeka centre. ,menjelaskan bahawa bancian yang dijalankan menunjukakan rakyat Malaysia mahu sistem ini di teruskan dan mahu dasar kerajaan agar syarat lulus dalam bahasa Inggeris di wajibkan .
58% mahu dasar tersebut diteruskan manakala yang selebihnya menentang. Maka kerana itu sebagai rakyat, apa yang jelas ianya tidak menguntungkan masyarakat kampung dan selebihnya kegagalan guru mengusai bahasa inggeris dengan baik.
GMP memberi amaran kepada kerajaan agar memansuhkan dasar penjajah tersebut sebaliknya mencari makanisme lain agar ianya lebih poraktikal bebanding menyumbat bahasa Inggeris ke dalam subjek sains dan matematik tersebut.Menurut GMP yang diwakili oleh kebanyakkan cendiakawan Melayu yang menyokong dasar ini , melihat bahawa bahasa inggeis harus di perkukuhkan dari meneruskan dasar menggunakan bahasa inggeria dalam subjek sains dan metematik dan menghilangkan jatidiri Bahasa Melayu sebagai tunjang kepada bahasa kebangsaan.
Rentetan pelaksanaan PPSMI
19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan PPSMI ...