KES TANGGUH ESOK

Peguam Anwar cuti sakit, permohonan ditangguh ke esok
08/07/2009 10:10am


KUALA LUMPUR 8 Julai – Permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwat bekas pembantunya ditangguh sehingga esok oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ini berikutan peguamnya, Sulaiman Abdullah masih bercuti sakit.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan terhadap satu lagi permohonan Anwar bagi membatalkan pertuduhan dan perbicaraan penuh kes tersebut.