Cuma waktu itu ramai pula di kalangan pemimpin Bn menafikan dan menyatakan bahawa patut orang Melayu belajar bahasa ingeris dengan menekankan matematik dan sains sebagai salah satu strategi bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Kalau ikutkan Mahathir beliau lebih menekan bahasa dengan teknologi.Maksud Mahathir, ialah tanpa Bahasa Inggeris , manusia akan menjadi bangang dan tak boleh menjadi ahli sains...
Patutlah orang Jepun tak guna bahasa inggeris tetapi kemajuan lebih dari Malaysia, Korea juga tidak menggunakan bahasa inggeris untuk merujuk, Jerman, Perancis,Russia,malah banyak lagi negara yang termaju dalam dunia melebihi Malaysia yang tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu bagi mendapatkan kemajuan dalam istilah sains, sebagaimana yang didakwa Mahathir.
Maka kerana itu mungkin juga bekas PM ini menggunakan duit sebanyak berbilion bagi meningkatkan kemajuan dalam PPSMI dengan membantu beberapa syarikat dan yang terakhir ialah KUB untuk mengedar komputer.
Apa pun kejayaan ini adalah kebangkitan rakyat dan keberanian para pemimpin yang melihat kehadapan bahawa bahasa inggeris bukan jalan untuk memahami istilah sains danmatematik dan bagi mencapai kejayaan.....atau mungkin dekat juga dengan pilihanraya Manik Urai dan mencuba umpan jenis baru.......................
Rakyat dan Pakatan Rakyat terpaksa bertungkus lumus menyedarkan Kerajaan Umno-BN dalam hal ini. Adakah itu mesti dilakukan setiap kali kelemahan dan kesilapan pentadbiran Kerajaan Umno-BN berlaku? Bayangkan kerugian yang hebat dan bertimpa-timpa kerana sistem pendidikan yang sering diubah tanpa penyelidikan dan penelitian yang sempurna…
Pentadbiran Umno-BN sudah terpalit dengan imej semberono yang mencari untung tanpa kisah kemudaratannya terhadap rakyat.
Lihat saja cara setiap Rang Undang-Undang di Parlimen diluluskan…tiada penelitian, tiada diaudit oleh pakar, semuanya dilulus dengan tergesa-gesa, khususnya dalam meluluskan sesuatu bajet…soalan-soalan yang dikemukakan hampir keseluruhannya tidak terjawab secara objektif dan tepat…seolah-olah persidangan hanya memenuhi peraturan untuk mendapatkan kelulusan kerana BN sudah ada majoriti…realitinya kerajaan Umno-BN bersidang di parlimen bagi memastikan agenda sempit Umno-BN diluluskan dan terlaksana…bukan atas kepentingan rakyat biasa…