Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat hingga tengah malam Jumaat membuat keputusan melantik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan itu berkuasa kuasa serta-merta. Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut mengumumkan Timbalan Pengerusi UMNO negeri itu akan disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Najib juga akan memegang jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu, kata Abdullah dalam sidang media selepas mesyuarat yang bermula jam 9 malam selesai kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu hanya akan memegang jawatan tersebut sehingga perhimpunan Agung UMNO pada akhir Mac ini selesai. “Pelantikan baru akan dibuat selepas Mac, siapa kita belum tahu,” katanya. Menurut Perdana Menteri, sebelum itu MT mendengar laporan daripada Tajol Rosli mengenai situasi politik di Perak termasuk berkaitan Ahli Dewan Undangan Negeri Bota yang menyertai pembangkang. Berita sebelum ini: Najib Pengerusi Perhubungan UMNO Perak ganti Tajol...?