Pelancaran Mansuhkan PPSMI, esok!
Harakahdaily Fri Jan 30, 09
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Gerakkan Memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya esok (31 Januari ) jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka malah bakal hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan dari pelbagai NGO.
Setiausaha GMP Hasni Abas berkata keputusan perlancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Dato Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP.
he..he..he..Malayu tak hilang.Yang hilang tanah Melayu,bahasa Melayu,....bla..bla....KTM ada lagi.....