ANWAR LAKUKAN LAWATAN KERJA DAN SAMBUT MAJLIS KENDURI QURBAN











OLEH:Amiruddin Ahmad



Permatang Pauh 9 Dis-Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato Seri Anwar Ibrahim yang pulang pada 6 dan 9 disember baru-baru ini dalam lawatan kerja dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin serta menyambut hari raya qurban serta bertemu rakyat dari berbagai lapisan masyarakat.Kehadsiran beliau disambut dengan begitu meriah sekali di perkampungan Berapit dimana beliau sempat menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.Beliau juga memberi bantuan di perkampungan ampung baru senerang jaya.

Lawatan beliau adalah untuk bertemu rakyat dan mendengar masalah mereka.”saya turn ke parlimen ini adalah untuk mendengar masalah rakyat di peringkat bawahan di mana yang boleh kita bantu” demikian jelas beiau.

Menurut Dato Seri Anwar lagi, rakyat boleh memberi andangan dan teguran supaya cadangan yang diberikan itu dapat di perbaiki lagi untuk memajukan negeri ini’

Menurut Dato Seri Anwar lagi bahawa keadaan ekonomi negara yang semakin merosot, rakyat perlu bersatu untuk mengangkat semula ekonomi negara.Rakyat juga diingatkan agar sentiasa berjimat cermat dalam perbelanjaan dan menguruskan kewangan dengan cara yang berhemat.Beliau mengigatkan bahawa kerajaan Singapura sendiri telah membuang 500,000 ribu perkerja dan 300,000 ribu darinya adalah rakyat negara ini.

Namun dalam keadan ini pun kerajaan masih lagi menyatakan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.”Oleh kerana itulah rakyat harus berusaha berhemah berbelanja dan kebajikan semua kaum harus dijaga bagi memajukan negara dan menaikkan semula ekonomi “.

Hadir sama dalam rangka lawatan kerja ini ialah TKM 1Yb Mohd Fairus selaku ADUN Penanti dan EXCO Pertanian dan asas tani Law Choo Kiang.


Sementara itu pada 9 hb Disember pula Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh untuk bertemu dan melakukan ibadah Qurban di Cherok To Kun.Beliau kemudiannya ke Yayasan Aman untuk bertemu masyarakat dan jawatankuasa bahagian dan dalam masa yang sama satu majlis Hari lahir Dato Seri Wan Azizah yang dilakukan oleh bahagian Permatang Pauh dilakukan dan ini amat mengejutkan Wan Azizah sendiri.

Dalam siding akhbar sebelum bertolak ke beberapa kampong di bahagian Permatang Pauh, Dato Seri Anwar sempat mengadakan sidang akhbar khas menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid sentiasa perihatin di mana sentiasa sahaja berada di sana iaitu di kawasan tanah runtuh ,namun semua laporan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar perdana.

“Malah saya sendiri nak masuk pun tidak dibenarkan.”. Menurut DSAI lagi sebanyak 90 kelulusan projek yang ditangguhkan oleh Tan Sri Khalid untuk membina dan membagunkan perumahan di kawasan tinggi selepas kerajaan baru dibentuk Ini adalah kerana ianya tidak menepati sasaran dan membahayakan dan supaya ada peratuan tertentu untuk membina perumahan di tanah tinggi.

Dato seri Anwar kemudiannya bergerak ke 8 kawasan untuk menghadiri kenduri Hari Raya Qurban yang di buat oleh masyarakat setempat. Turut serta TKM1 Fairus,S/U perhubungan negeri Pak Mus,Tim ketua bahagian Pak Tam,para pe.nyokong
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN