MGID

SEKEJAB DI BALAI JALAN TRAVELS , SEKEJAP DI PONDOK POLIS HKL....HAI MANA SATU LAAAA..MARI KITA KAJI

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap orang ramai tidak akan terpengaruh dengan Anwar dan menjauhkan diri daripada menyertai sebarang perhimpunan yang dian jurkan pemimpin pembangkang itu.
“Rakyat fikirlah sendiri apa yang terbaik, tetapi jangan terpengaruh dengan agenda peribadi mana-mana pihak,” katanya.
Jelasnya, jika tindakan mementingkan diri Anwar itu dilayan, dibimbangi akan membawa keadaan tidak stabil yang seterusnya menjauhkan pelabur dan memusnahkan ekonomi negara.
Khamis lepas, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur, mendakwa dia diliwat oleh majikannya di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
Anwar selepas itu dilihat mengambil beberapa tindakan yang sukar untuk difahami termasuk menyembunyikan diri di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya teran cam. - Utusan


KENAPA IANYA AGAK PELIK DAN TANDATANYA RAKYAT????
Antaranya;
* Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM? * Dalam kesibukan Najib - sempat untuk menerima aduan seorang “pekerja” Anwar? * Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib? * Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat? * Apakah Rosmah ada sama - sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK? * Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi - Pak Lah? Kenapa Najib? * Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis? Najib kata dia percaya kepada sistem! * Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!
Tetapi suatu “fakta” yang menimbul persoalan besar kepada IB ialah seperti berikut:
Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut “beberapa hari” itu?
Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!
Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...