HAI BALA.....ADA APA DENGAN AKUAN SUMPAH...JANGAN-JANGAN JADI SESUMPAH

Bala buat Akuan Bersumpah Pertama secara sukarela - Peguam

Azamin Amin Sat Jul 05, 08 9:31:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Surat Akuan Bersumpah yang pertama dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal telah dibuat secara sukarela dihadapan pesuruhjaya sumpah pada 1 Julai lalu. -->
Demikian petikan kenyataan peguam Americk Singh Sidhu berhubung isu penarikan balik surat akuan bersumpah pertama yang telah disiarkan media pada 3 Julai lalu.
"Untuk rekod, saya mengesahkan bahawa perakuan bersumpah yang dilakukan oleh En Bala pada 1 Julai 2008 yang disiarkannya semalam dibuat secara sukarela dihadapan kehadiran saya dan pesuruhjaya sumpah, Dr T. Yokheswarem," kata Americk semalam.
Katanya beliau telah menemui Bala untuk pertama kalinya, dengan kehadiran beberapa individu lain kira-kira dua bulan lalu dimana beliau telah meminta bantuan untuk menyediakan satu dokumen rasmi merangkumi beberapa bukti yang telah tidak diketengehakan dalam perbicaraan Altantuya yang sedang berlangsung.
Kata Americk beliau memulakan proses dokumentasi itu dua minggu selepas itu dan telah menemuinya beberapa kali dan apa yang dinyatakan oleh Bala dirakamkan secara bertulis.
"Saya tidak mempunyai alasan untuk meragui apa yang Bala nyatakan pada saya selain daripada ia adalah yang benar.
"Dan peranan saya adalah untuk mendengar apa yang beliau katakan dan menulisnya menjadi satu perakuan bersumpah dalam format yang sistematik dan komprehensif," katanya lagi.
Sehubungan itu, Americk amat terkejut dengan tindakan Bala yang dalam masa 24 jam telah mendapatkan perkhidmatan peguam lain dan membuat satu lagi perakuan bersumpah menyatakan perakuan bersumpah yang pertama adalah tidak benar dan beliau dipaksa membuatnya.
"...Saya meragui beliau menandatangani perakuan bersumpah yang kedua dengan rela dan saya yakin beliau diugut berbuat demikian sama ada melalui ancaman ataupun janji kerana saya tidak dapat memikirkan alasan lain," katanya.
Beliau juga menyatakan kesediaan Pesuruhjaya Sumpah untuk mengesahkan perakuan bersumpah yang pertama dibuat oleh Bala dibuat secara sukarela. _

No comments: