MAT SABU- TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA HADAPI KRISIS KEPIMPINAN NEGARA




Guar Perahu- 7 Julai- Hampir lebih 8000 hadir dalam siri ceramah penerangan oleh Mat Sabu malam semalam .Beliau yang dalam rangka lawatan dan untuk menghadiri perbicaraan hari ini (8 Julai) di mahkamah majestret Jawi telah memberi penerangan mengenai beberapa perkara yang sedang berlaku dalam negara masa kini.

Perkara utama yang diterangkan dikhalayak umum ialah berhubung dengan situasi dalam negara buat masa kini. Antaranya ialah berhubung dengan kes yang membabitkan beberapa profil tinggi negara.Kes laporan RPK,kes SD P. Balasubramaniam,dakwaan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga kes yang membabitkan Ketua polis negara dan peguam negara Gain Patail.

Dalam hal ini ,menurut Mat Sabu, negara berada dalam keadaan tegang,macamerba dan rakyat menjadi malu dengan gelagat pimpinan negara yang seharusnya menjadi lebih telus dan berwibawa.”negara kita seperti negara jakun”, demikian jelas beliau secara berseloroh.”.Mana mungkin negara yang mengaku nagara maju kini terlibat dalam berbagai kes yang mana kita anggap kerajaan cuba untuk menutup beberapa kelemahan yang dihadapi dan cuba menumpukan kepada kes Anwar, dan dengan yang demikian kita memohon pihak istana agar melakukan dan menyiasat serta menubuhkan suruhanjaya siasatan Diraja sebagaimana yang berlaku dalam kes “mata lebam” yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dulu dan sehingga tertubuhnya suruhanjaya barulah kita mengetahui bahawa yang menumbuk beliau adalah ketua polis negara, begitu juga lah dengan kes ini. Adalah lebih baik kita tubuhkan Suruhanjaya Siasatan di Raja bagi menyelesaikan masalaah ini.”, demikian jelas Mat Sabu lagi.




Beliau juga menjelaskan betapa rakyat Malaysia berasa malu dengan kredibiliti pimpinan negara dan dengan ini mana mungkin para pelabur akan datang dan seterusnya amat memalukan kepimpinan Abdullah Badawi.