SAH...Anwar beri surat setuju debat dengan ShaberyJuly 8, 2008 : 03.52 PM(AGENDA DAILY)
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan persetujuan hitam putih bertarikh 7 Julai kepada Agendadaily untuk hadir bagi berdebat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Surat berkenaan diserahkan oleh Pengrah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik oleh Anwar bagi pihaknya untuk menguruskan prosedur debat berkenaan. Shabery telah memberi surat sahkan kehadirannya pada 26 Jun lalu. Debat tersebut akan berlangsung pada 15 Julai depan (Selasa) jam 9 malam di Dewan Bahasa dan Pustaka. Debat itu akan disiarkan secara langsung dan pihak Agendadaily telah mendapat pengesahan stesen TV yang akan siarkan debat itu secara langsung. - 8/7/2008
KOMEN BLOGGER
Namun semua rakyat Malaysia merasakan bahawa tandingan Ahmad Saberi bukannya Anwar-Anwar sebetulnya mahukan debat ini berlangsung antara PM Abdullah Badawi dan juga Najib Tun Razak atau paling lekeh Ketua pemuda UMNO atau paling lekeh lagi Timbalan ketua pemuda UMNo Khairy Jamaluddin .Hishammudin Huseein sendiri yang dilihat begitu angkuh menghentam Anwar.Namun semua tahu akan sikap Hishamuddin Hussein dalam menghadapi sesuatu debat.
Ahmad Sabery atau lain-lain menteri kabinet hanya layak untuk bertanding dengan Saifuddin,Azmin,Dr hatta,Hishamudin Rais dan beberapa tokoh lain yang berada dalam Pakatan Rakyat.itu pun belum tentu fakta-fakta dan pandangan-pandangan yang diberikan dapat meyakinkan audien.Adakah UMNO melihat ini sebagai satu yang akan memalukan mereka kerana selama ini ramai panglima mereka yang menghentam Anwar.Bagaimana pula dengan Ali Rostam,Rafidah Aziz,Azalina Othman,Noraini Ahmad dan lain-lain lagi.inilah sebenarnya pentas untuk mereka dan pihak kerajaan khasnya UMNO yang selama ini menyerang beliau habis habisan menafikan pandangan Anwar.Apakah UMNo yakin dengan Sabery???
Anwar sendiri menjelaskan bahawa beliau lebih berhasrat untuk bertemu dengan Abdullah atau Najib sebagai "kepala" kepada parti masing-masing Abdullah mewakili BN manakala Anwar mewakili PR.. Melihat akan pengalaman Anwar memang Sabery bukan tandingannya.