YB HAMDAN MELAWAT MANGSA KEBAKARAN DAN MEMBERI BANTUAN




KEBAKARAN BERLAKU LAGI DI KAMPUNG PERMATANG PASIR

OLEH:Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Permatang Pauh 11 Mei- Satu kebakaran berlaku di kampong Pengkalan Tambang dekat Permatang Pauh petang tadi. Kebakaran yang berlaku dirumah Mohamad Nasir bin Norwawi 50, berkata kejadian yang berlaku semasa beliau dan keluarga sedang bersarapan tengahari,tiba-tiba anak kecil beliau yang berusi 9 tahun menangis dan berkata ada kebakaran di dapur , dan dalam masa yang singkat sahaja api marak dan tidak dapat berbuat apa-apa.Pihak Bomba telah berusaha dengan sedaya upaya namun tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan rumah mangsa.
Hadir sama di tempat kejadian ialah YB Hamdan KADUN Permatang Pasir yang kebetulan melakukan lawatan bersama dengan YB Datin Seri Wan Azizah dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada hari ini, cuma dalam kawasan yang berbeza. Selang beberapa minggu selepas kebakaran di kawasan yang berhampiran, kini tugas YB Hamdan yang sentiasa sibuk dari hari ke hari ini tidak menghalang beliau untuk terus berbakti. Jika disebelah pagi beliau bersama YB Datin Seri Wan Azizah memberi bantuan dan melakukan lawatan,kini di sebelah petang beliau terus melakukan lawatan dan turut serta di tempat kejadian.

Menurut YB Hamdan bantuan dan kutipan derma kilat telah dijalankan seberapa segera dan sebanyak RM1020 telah di perolehi dari wang derma beliau sendiri dan juga masyarakat setempat manakala pihak masjid dan surau Pengkalan Tambang juga akan turut mengutip derma bagi membantu mangsa kebakaran ini. Menurut Mohd Nasir lagi, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada jasa-jasa YB Hamdan yang begitu prihatin dengan rakyat dan masyarakat yang berada di bawah tanggungjawab beliau.
Apabila di tanya sumbangan yang mungkin akan diterima dari pihak UMNO beliau dengan sedih berkata"Dalam ingatan saya , saya sendiri tidak tahu kepada siapa untuk saya mengadu terutamanya kepada UMNO,pihak dan siapa yang berada di dalam UMNO.Sudah tentulah saya juga memerlukan bantuan mereka kerana jika YB Hamdan boleh menderma kepada ahli UMNO sendiri, bagaimana pula saya yang sepatutnya UMNO bela sebagai orang Melayu?" demikian jelas beliau lagi.
Menurut YB Hamdan lagi bantuan dan laporan telah dibuat kepada pejabat exco negeri yang bertanggungjawab di atas semua kebajikan rakyat dan masyarakat.Beliau juga turut berusaha membuat laporan kepada PUZ,Pejabat Daerah, dan Jabatan Kebajikan .
Menurut imam masjid Pengkalan Tambang Abdul Razak b Hj Mohd Nor 41 imam masjid pengkalan Tambang,pihak masjid akan melakukan sesuatu dengan mengutip derma dan bekerjasama dengan YB Hamdan bagi melakukan kutipan derma dan bantuan sementara yang sewajarnya untuk memudahkan kehidupan saudara Mohd Nasir.

No comments: