GO ANWAR GO.............

INGAT LAGI GAMBAR INI ,LIHAT BETUL-BETUL PARA PEMIMPIN UMNO /BN.RASANYA KENAL KOTTTT

Anwar mahu ke Sabah, Sarawak
Apr 5, 08 4:31pm


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang ke Sabah dan Sarawak, tidak lama selepas lawatan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menguatkan lagi spekulasi awal bahawa wujud keresahan politik dalam kalangan ahli parlimen BN."Insya Allah saya akan ke sana dalam masa terdekat," katanya hari ini, menjawab pertanyaan seorang pengunjung blognya kelmarin. Pengunjung itu yang dikenali Datuk Halik Zaman mengharapkan "amanat yang segar" daripada bekas timbalan perdana menteri itu kepada barisan pemimpin PKR Sabah yang, menurutnya, "kurang arif dengan istilah 'hikmah muafakat' dalam PKR." "Agar tidak ada lagi orang-orang Sabah berani menulis poster dengan tulisan PKRS (Parti Keadilan Rakyat Sabah)," tulis pengunjung itu 3 April.


"(Keadaan) ini mungkin kerana sebilangan pemimpin parti masih ada lagi kurang arif tentang istilah PKR," katanya lagi, "lalu mengadakan 'jurang perbezaan antara Sabah dan Semenanjung' maka timbullah PKRS."Anwar menambah, melalui coretan ringkas di blognya, banyak liputan media menyatakan beliau ke Kota Kinabalu dan Kuching sesudah pilihanraya umum ke-12. "Walhal saya belum pun ke sana. (ketawa) Siapa gerangan pelanduk dua serupa?" katanya.Malaysia timur mula menjadi perhatian selepas pilihanraya umum 8 Mac susulan ura-ura sebahagian wakil rakyat BN akan melompat kepada parti-parti pembangkang. BN Sabah dan Sarawak juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan dalam kabinet. Dua ahli parlimen Sabah meninggalkan jawatan timbalan menteri yang ditugaskan kepada mereka, sementara dua wakil rakyat BN Sarawak menimbulkan kegemparan apabila tersebar khabar angin mereka telah keluar parti sebagai membantah barisan kabinet 2008. Anwar sendiri menyatakan beliau berhubung dengan wakil-wakil BN di Malaysia timur dalam rangka mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat.


Abdullah baru-baru ini ke Kuching, antaranya, dipercayai untuk meredakan ura-ura usaha melompat parti. BN Sarawak kemudiannya menyatakan kesetiaan bersama Perdana Menteri dan tidak akan berpindah sokongan kepada pembangkang. Semuanya ini gara-gara tersebar berita bahawa pembangkang berusaha "membeli" 30 wakil BN untuk mencapai jumlah majoriti dua pertiga - dan sekali gus membentuk kerajaan persekutuan. BN menang di 140 kerusi parlimen, manakala PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).