Orang Melayu akan diperalat jika pilih Anwar jadi PM, kata Dr M
Dari; Agenda daily
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang."Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga."Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di Pulau Pinang Ahad.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi."Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara," katanya.- 30/3/2008
BUKAN ANWAR YANG MEMBURUKKAN MAHATHIR,TETAPI GERILAWAN CYBER
Sebenarnya bukan Anwar yang menjaja Mahathir jahat di serata dunia.Tetapi para blogger dan website-website yang digunakan untuk mendedahkan tentang keburukan sistem kehakiman dan wayang kulit yang digunapakai Mahathir di zaman pemerintahannya.kita lihat sejauh mana Mahathir memusnahkan sistem negara secara sepintas lalu.
1. Krisis kehakiman- kes Tun Salleh Abas sehingga membawa kepada pengharaman UMNO dan ditubuhkan UMNO Baru(A)
2. Korupsi, memusnahkan harta negara misalnya PERWAJA STEEL, menggunakan anak beranak untuk perniagaan.
3. menggunakan wang PETRONAS sewenang-wenangnya.
4. Institusi agama dipermainkan dan ceramah-ceramah dihalang polis.pak lah cuma mewarisi kerajaan yang hampir jatuh jika Mahathir terus berkuasa.
5. Persyarikatan Malaysia-terus lingkup sehingga kini pelabur lari lintang pukang ke vietnam dan juga China.Ini disebabkan dasar yang tidak konsisten.
6. Kes DSAI, para gerilawan cyber terutamanya PET yang menubuhkan FAC dan berjaya mencuri perhatian dunia dengan sandiwara kehakiman dan para hakim yang ducuk hidung.Misalnya kes linggam.kini telah terbukti.
7. mahathir takut dengan segala tindak tanduknya kerana jika DSAI menjadi PM beliau tidak akan selamat dari keburukan yang beliau lakukan.
8. Akhir sekali beliau telah pun ditolak oleh UMNO sehingga melepaskan jawatannya.
9. Bab agama,memang DSAI boleh pun.Setakat nak baca kuthbah dan imam Jumaat tak dak masaalah pun.tapi bukan MACAM MAHATHIR, SAMPAI NAK KAJI SEMULA QURAN DAN HADIS.MACAM ORANG TAK TAHU LANGSUNG BAB AGAMA.......
10.Memang Anwar dengan orang kampung beliau baik....rumah pun di kampung,nama kampung pun Cherok To Kun,dekat dengan kubang Ulu,Kubang Semang,Kampung pelet,Kampung Petani,semua nama kampung di ulu belaka.Mana tak baik dengan orang kampung.
JANGAN PERCAYA CAKAP ORANG INI .MAHATHIR PENIPU BESAR KEPADA ORANG MELAYU
PETIKAN HARI INI DARI MULUT MUHYIDDIN YASSIN.TENGOK LIDAH BERCABANG MAHATHIR CAKAP
UTUSAN MALAYSIA 31 MAC (KES KUOTA PEMILIHAM UMNO)
Bagaimanapun menurut beliau, cadangan itu tidak dipersetujui Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Presiden parti ketika itu.
Cadangan dibuat selepas beliau mengadakan lawatan ke negeri dan mendapati hampir semua pemimpin dan ahli UMNO mahu sistem kuota dihapus kerana tidak demokratik dan menggalakkan politik wang.
‘‘Bila saya sebut kita hapuskan sistem kuota, dia (Dr. Mahathir) kata biarlah begitu, tak apa. Jadi bila dia kata begitu, saya tidak bawa kepada perhimpunan agung, kekal sistem itu macam yang ada sekarang.
‘‘Sebab dia Presiden dan penyandang, jadi kalau buka mungkin memudahkan orang bertanding melawannya.
‘‘Jadi sekarang, dia kata hapuskan, baru dia nampak peraturan itu mengekang, tidak demokratik dan tidak menjadikan UMNO lebih bertenaga kerana ada pelbagai sekatan,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Antara Agensi MITI 2008 di sini hari ini.