PEMILIHAN YANG PASTINYA UMNO AKAN SENAK LAGI



Gong pemilihan UMNO sudah dipalu.Yang pasti antara sekarang hingga ke 9 Oktober nanti bila 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mula bersidang calon-calon yang mengintai jawatan sudah perlu get set untuk mendapatkan pencalonan.Setiap pemilihan sebelum ini fokusnya sentiasa bertumpu kepada jawatan tiga Naib Presiden UMNO dan 25 barisan Majlis Tertinggi UMNO.Sepanjang enam bulan akan datang ini setiap gerak langkah bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah tentunya mencuri perhatian setelah beliau mengumumkan hasrat untuk berentap jawatan Presiden UMNO.Mampukah beliau mendapat pencalonan ?



Bagi UMNO, setiap jawatan membawa makna sen dan ringgit.maka kerana itu rakyat marhaen selama ini menamakan persidangan UMNO sebagai persidangan pok amai-amai kerana ini bukan sahaja menentukan kekuasaan dalam parti, malahan kekuasaan dengan wang ringgit.Ringgit itu UMNO,UMNO itu membuat ringgit.Untuk mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu UMNO perlu bekerja keras.Pilih calon yang berwibawa dan berpendidikan serta jujur dan ikhlas untuk membantu anak bangsa.





Ura-ura Tengku Razaleigh atau Ku Li ini merupakan taparan hebat buat UMNO.Ini bukan kali pertama malah kali ke 3 Tengku mencabar Presiden menjadikan beliau adalah calon pencabar yang paling berani menentang Presiden Itu satu teka teki menarik menjelang bahagian-bahagian UMNO mula bersidang nanti.Halangan yang perlu ditempoh oleh Ketua UMNO bahagian Gua Musang ini untuk membolehkan beliau bertanding semasa pemilihan yang akan berlangsung pada Perhimpunan Agung UMNO bermula 16 Disember nanti tentunya kuota pencalonan jawatan Presiden UMNO.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata UMNO seharusnya memansuhkan sistem kuota yang memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan presiden parti.Katanya beliau mencadangkan perubahan itu kerana sistem kuota ketika ini kelihatan "terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa"."Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kuala Lumpur.



Pendapat bekas diktaktor Mahathir ini harus dipandang serius, namun dalam situasi sekarang,KuLi rasanya akan mendapat jalan mudah. Di ketika UMNO bermesyuarat di PWTC untuk menentukan hukuman kepada Mukhriz dan membincangkan kes Idris Jusoh, Ku Li dan beberapa vateran UMNO berkumpul di rumahnya di Langgak Golf,bukan itu sahaja, antara nama-nama yang telah dibuang oleh UNO yang berkunjung ke rumahnya ialah Ibrahim Saad dan Kadir Sheikh Fadzil Selamat berjuang KuLi....

No comments: