PEMBANGKANG TUBUH PAKATAN RAKYAT,UMNO ASYIK BERMESYUARAT

GAMBAR IHSAN MALAYSIAKINI

Pembangkang tubuh Pakatan Rakyat
Apr 1, 08 2:15pm


Tiga parti pembangkang utama - PAS, DAP dan PKR - hari ini bersetuju untuk menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan RakyatPenubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999.Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama hari ini.Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.


Majlis KepimpinanMenurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat."Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu lagi. Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.
Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.


Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.


sementara itu UMNO masih lagi menggunakan penasihat mereka iaitu Mahathir Mohammad sebagai idola.Mahathir adalah punca kepada kemusnahan UMNO dan merosakkan semua sistem dalam negara.Dizaman Mahathir lah institusi Raja-Raja di musnahkan,badan kehakiman dipergunakan,kewangan negara di ceroboh dengan menggunakan wang PETRONAS, rasuah menjadi-jadi.
Malahan punca keretakan krisis bermula dari peristiwa pertembungan antara Tengku Razaleigh dan juga pemecatan Anwar adalah punca kepada kemusnahan UMNO. maka kerana itulah, mahathir harus bertanggungjawab kepada kemusnahan UMNO.Untuk menyelamatkan UMNO memerlukan masa yang panjang. Orang -orang melayu kini berpendapat parti PAS adalah lebih baik dan lebih bijak dalam menanggani permasaalahan dari orang Melayu.
Bagi ketua Umum PKR , kita semua percaya beliau tidak pernah memohon untuk kembali kepada UMNO. Malahan , beliau yakin dengan perjuangan untuk memartabatkan gagasan untuk rakyat.sudah tidak ada tempat lagi buat parti yang berlandaskan perkauman untuk memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memperhambakan rakyat.