BETUL KE RAKYAT MALAYSIA NAK BOIKOT PRODUK BELANDA.INI BARANG-BARANG KELUARANNYA



BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran.Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh masyarakat pengguna Islam.PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam.Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan.Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini.Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang – terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Justeru, masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak mempertahankan hak dan maruah kita dengan bijaksana.Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM http://www.muslimconsumer.org.my// atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

No comments: