ANWAR KEMPEN DISAAT AKHIR UNTUK BA PERMATANG PAUH






SEBERANG JAYA 23FEB- Kempen DSAI di saat akhir sebelum keesokkannnya hari penamaan calon mendapat sambutan yang luar biasa sebagaimana kebiasaannya dimana-mana sahaja lawatan beliau.Semalam di saat akhir untuk BA Permatang Pauh menghadiri hari penamaan calon,ramai lapisan masyarakat dari berbagai kaum hadir. Inilah kali pertama dalam sejarah pilihanraya setelah DSAI dibebaskan , perbagai kaum hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan beliau.

"Kemenangan pada pilihanraya pada kali ini amat penting, Saya begitu optimis bahawa saya ,kita di Barisan Pimpinan BA mampu melaksanakannya dengan lebih baik dari BN.Hari ini kita menang,esok kita turun harga minyak.Yang merugikan negara bukan langkah penurunan harga minyak, tetapi membeli jet sukoi ,komisyen 530 juta,membeli kapal selam, komisyen 400 juta, membeli tanah rakyat dengan rm3 sekaki persegi, menjual dengan 20 kaki persegi,itu yang merugikan negara,"tegas Anwar dengan sambutan laungan dan tepukan gemuruh dari seluruh yang hadirin.













Kita percaya negara ini memang kaya.Oleh kerana itu saya yakin rakyat akan mendapat faedah yang besar jika memberi kepada kita BA memerintah dengan harapan agar kesenangan negara dapat disalurkan kepada rakyat dalam negara ini agar kekayaan itu dinikmati oleh semua kaum.


Permatang Pauh memang menjadi tumpuan dunia apabila Wan Azizah, isteri Anwar mempertahankan kerusinya untuk kali ketiga dan beliau dijangka akan berjaya dengan majoriti yang lebih besar untuk kali ini.