PENDEDAHAN SIAPA CALON UMNO PMTG PASIR

AKAN KE UDARA NANTI........TUNGUUUUUUUU........TUNGGU LAGI PENDEDAHAN SELANJUTNYA

MOHD SHAHAR SUIB-CALON UMNO........

Beliau tidak pernah bergaul dengan masyarakat dikampungnya,tidak menziarahi orang kampung yang meninggal,tidak menghadiri aktiviti yang dianjurkan di masjid Kubang Semang walau rumahnya berhadapan masjid,tidak menghadiri kenduri kendara yang melibatkan orang kampung,Beliau umpama kera sumbang di kampung tempat tinggalnya...mana mungkin orang yang sebegini dipilih sebagai wakil rakyat UMNO.Memang UMNO sudah tidak punya pemimpin.

Pernah menjawat jawatan guru dan berhenti kerana tidak bersetuju dengan arahan Guru Besar agar tidak selalu keluar meninggalkan sekolah kerana melibatkan diri dalam politik. Beliau berhenti dan menjadi guru KEMAS.Berkelulusan SPM dan mula-mula di posting ke Kuala Lipis.mengunakan saluran UMNO untuk berpindah balik semula ke kampung.Sejak dari itu beliau tidak pernah berjemaah di masjid Kubang Semang walaupun untuk bersembahyang Jumaat.

Bersaudara sepupu dengan lawyer Radzi yang mempunyai skandal dengan seorang Doktor 6 tahun dahulu.isteri Radzi kini menjadi EXCO kerajaan negeri, iaitu Jahara Hamid.Kini terbentuk satu dinasti politik adik beradik dalam UMNO.

Jadi kepada pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir, eloklah anda semua jangan sekali-kali memangkah calon yang tidak berwibawa ini.Jemput lah beliau menjadi imam sembahyang berjemaah di masjid tuan-puan kerana jika YB Hamdan mampu membaca khutbah, menjadi imam solat ,mengimamkan jenazah , mengajar dan memberi tazkirah, mengapa anda sanggup untuk menderhaka kepada orang yang mampu menjadi imam untuk anda. malah YB Hamdan juga berkelulusan M.A dari Al Azhar.

Zaman sekarang telah berubah, jika anda tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, tetapi anda mampu menjadi seorang yang alim dalam bidang agama masih boleh diterima.Jika anda berkelulusan dan mampu menjadi seorang yang kuat pegangan agama lebih baik lagi, namun jika kedua-duanya anda tidak mempunyai, maka elok sangatlah jangan diberi undi dan kepercayaan kerana ianya akan merosakkan akidah dan merugikan anda. Adakah anda lebih bijak dari calon ini???

Ya sudah pastinya anda lebih bijak dari beliau.jadi kenapa anda memilih orang yang kurang bijak dari anda untuk menjadi wakil anda????Fikir-fikirkanlah untuk menjadi pengundi yang mengundi untuk calon yang lebih baik lagi untuk anda.