MP Kapar gesa dedah peruntukan Permata sejak 2007

MP Kapar gesa dedah peruntukan Permata sejak 2007

rosmah permataKUALA LUMPUR 17 JAN:  Ahli parlimen Kapar, Manivanan Gowin menggesa siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan program Program Permata Negara (Permata) sejak 2007 dan laporannya didedahkan kepada umum.
Menurut Manivanan RM20 juta dibelanjakan pada 2006-2010 manakala RM36 juta (2011-2015) bagi bagi pembinaan 181 buat pusat Permata di bawah kendalian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Apakah beliau bersedia mendedahkan keseluruhan jumlah peruntukkan yang disalurkan bagi membiayai segala perbelanjaan program Permata sejak penubuhannya pada tahun 2007? soal Manivanan.
Namun kata Manivanan, ia bercanggah dengan maklumat Jabatan Perdana Menteri bahawa, Permata menerima peruntukan RM150 juta pada 2013, RM 111 juta (2012) dan RM 100 juta (2011).
Namun mengejutkan apabila setiausaha bahagian Permata, Saidatu Akhma Hassan menyatakan RM150 juta disalurkan kerajaan, lebih banyak dari
“Persoalannya, dari mana lebihan disalurkan sekiranya peruntukan bagi Permata benar-benar mencecah lebih daripada RM100 juta? soal Manivanan.
Dalam pada itu kata Manivanan, operasi Permata bertindih dengan program Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Semata-mata beliau adalah isteri Perdana Menteri merupakan penaung program tersebut, apakah yang akan berlaku kepada Permata apabila Perdana Menteri digantikan?
“Bukankah ini pembaziran dan penghakisan sumber negara dan wang rakyat? kata Manivanan.

No comments: