Anwar: Thaipusam simbol kebaikan, menghapus kejahatan

Anwar: Thaipusam simbol kebaikan, menghapus kejahatan

anwar-ibrahimKUALA LUMPUR 17 JAN: Hari Thaipusan adalah sambutan simbolik yang melambangkan kesucian dan menghapuskan kejahatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Thaipusam diraikan setiap tahun oleh penganut agama Hindu sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Murugan yang melambangkan kebaikan, kesucian dan penghapus kejahatan,” kata Anwar dalam ucapan Hari Thaipusam.
Dalam pada itu, Anwar mengingatkan rakyat Malaysia agar mengekalkan perpaduan dan meraikan kepelbagaian budaya di negara ini.
“Saya berharap agar perpaduan agama dan kaum akan terus dipupuk dengan penuh harmoni, di samping kita membulatkan tekad untuk mengubah keadaan masyarakat dan negara ke suatu tahap yang lebih baik.
“Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia,” kata Anwar.
Thaipusam ialah perayaan disambut penganut Hindu di seluruh dunia bagi menghormati Dewa Murugan yang turut dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
Puluhan ribu penganut Hindu kini membanjiri kawasan Batu Caves, Gombak yang menempatkan Kuil Sri Subramaniyar bagi menyatakan kesyukuran, melaksanakan nazar sempena sambutan Thaipusam hari ini.

No comments: