Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2014 & Sektor Swasta Perlu Semakan! Serap Lonjakan Harga Barang, Kos Sara Hidup + GST!
Persoalannya sekarang, usaha kerajaan
dalam tempoh sedekad yang lalu untuk naik gaji rakyat Malaysia masih
ditakuk lama. Faktanya, Malaysia antara yang terkebelakang melibatkan
kenaikan gaji rakyat Malaysia jika dibandingkan dnegan Indonesia,
Thailand, Brunei dan Singapura jauh sekali untuk dibandingkan.
Bagi tempoh 10 tahun yang terkahir
berdasarkan laporan Bank Dunia, Pertumbuhan gaji rakyat Malaysia
hanyalah berada di sekitar 2.6% setiap tahun. Inflasi?
Inflasi pun berada di antara 2%-3%.
Maknanya….dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini
ditambah dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga dan kos serta tidak
lupa juga pengenalan pada angka mendadak iaitu 6% bakal memberikan impak
besar untuk rakyat Malaysia boleh membuat simpanan bersih setiap bulan
selepas ini.
Sebenarnya kerajaan Malaysia mempunyai
pengaruh besar untuk menetapkan paras gaji rakyat Malaysia baik di gaji
kakitangan awam ataupun gaji kakitangan swasta yang melibatkan 3 aspek.
Apa dianya 3 aspek tersebut?
Semakan Gaji Kakitangan Awam VS Tangga Gaji Sektor Swasta
1)
Pertama, Tangga gaji & skim gaji kakitangan awam ditentukan oleh
kerajaan. Kakitangan awam adalah merupakan kumpulan pekerja yang begitu
besar dalam tenaga buruh di Malaysia. Oleh itu tangga gaji kakitangan
awam akan sentiasa menjadi rujukan dan penanda aras bagi tangga gaji
kakitangan swasta sepertimana yang diamalkan selama ini oleh kalangan
industri & majikan.
Apabila syarikat membuat “benchmarking”
samada gaji yang bakal mereka tawarkan kepada pekerja mereka berpatutan
atau tidak, mereka sebenarnya akan merujuk kepada kumpulan terbesar
pekerja yang cukup berpengaruh di Malaysia iaitu gaji kakitangan awam.
Jikalau gaji kakitangan awam rendah, syarikat pun akan ikut sama.
Begitulah sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia hari ini.
“What you set for civil servants definately becomes comparative benchmarking to the private sector“
Jadi, kerajaan mempunyai pengaruh untuk
naik gaji rakyat Malaysia dengan cara memberikan kenaikan gaji
kakitangan awam naik. Tetapi janganlah naik gaji Ketua Setiusaha Negara
(KSN), naik gaji golongan bawahan ini. Jangan naik di atas sana.
Oleh itu semakan semula tangga gaji
& skim gaji kakitangan awam memberikan pengaruh gaji keseluruhan
pekerja di Malaysia. Setuju? Seterusnya…
Semakan Jumlah Tenaga Buruh Asing Murah di Malaysia
2) Kedua, kerajaan perlu membuat semakan
semula beberapa dasar yang menyebabkan gaji pekerja swasta terus rendah
kerana dasar buruh kerajaan Malaysia yang terlalu bergantung kepada
buruh asing yang murah.
Ini polisi lapuk yang diamalkan kerajaan
Malaysia selama temph 3,4 dekad selama ini yang sebenarnya menganiaya
rakyat Malaysia dan ekonomi Malaysia. Apa sektor perladangan, pembinaan
dan sekarang di sekarang di beberapa industri perkhidmatan lain terlalu
bergantung kepada pekerja asing pastinya ia akan menekan gaji minimum di
malaysia. Sebab?
Anda cuba bayangkan jikalau sesebuah industri itu boleh bayar RM500 untuk satu bulan, mereka akan boleh bayar dengan mudah. Nah…inilah yang menjadi sebab & faktor tahap gaji rakyat malaysia semakin ke bawah dan ke bawah.
Ini adalah satu kitaran sumber manusia yang sangat tidak baik kepada
ekonomi Malaysia kerana industri akan terus mahu bergantung kepada
pekerja asing bagi mengelakkan menggunakan pekerj tempatan yang lebih
tinggi.
Semakan Kos Tenaga Buruh Kepada Malaysia
3) Ketiga, kerajan juga perlu
menimbangkan semula terhadap pelbagai kos buruh yang dikenakan kepada
majikan, yuran, levi, visa, kena buat permohonan, jikalau 6P kena daftar
setiap seorang, semua ini adalah kos kepada majikan. Apa kos yang perlu
dibayar untuk tenaga buruh itu tinggi, ia akan menyebabkan gaji yang
dibayar kepada pekerja adalah lebih rendah. Contohnya, sepatutnya
dibayar gaji RM1,500 kepada pekerja tetapi disebabkan pelbagai kos yang
dikenakan kepada majikan menyebabkan RM300-RM400 diberikan kepada
pekerja terpaksa diberikan kepada kerajaan. Akhirnya pekerja akan dapat
hanya antara RM1,100 – RM1,200.
Sebenarnya industri begitu sensitif kepada kos (pendaftaran, peraturan, yuran, levi) yang dikenakan kepada tenaga buruh mereka.
Luahan Siti Hajar Aladin kepada Najib Razak : KLIK SINI
Oleh itu, Berita Semasa merasakan sudah
tiba masanya gaji rakyat di Malaysia naik kepa paras yang lebih
munasabah bagi membolehkan rakyat Malaysia terus menyerap tekanan kso
sara hidup dan pengenalan GST tidak lama lagi. Jikalau tidak dilakukan
daripada sekarang, rakyat Malaysia tidak akan lebihan tunai utnuk
berbelanja, ini tidak baik untuk industri terus bergerak & juga
ekonomi Malaysia.
“Apa kuasa beli rakyat bertambah, maknanya ekonomi akan terus berkembang dengan baik”
Gaji rakyat Malaysia perlu naik, jika
tidak…rakyat malaysia seperti kami, kita, anda, anda di sini akan terus
terperangkap dengan masalah lonjakan kenaikan harga barang & kos
sara hidup yang tidak dapat ditampung dengan kenaikan gaji
P/S : Gaji minimum kebanyakan negara
sudah pun melaksanakannya. Kata pakar ekonomi dari Pusat Pengajian
Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir
Hussin Baharuddin kalau gaji minima di Amerika US$8 sejam, kalau di UK 6
pound sterling sejam manakala di Malaysia jikalau diambil kira paras
RM900 sebulan (sehari ada RM30, satu jam hanya RM3.75). Katanya gaji
minimum di malaysia kita tidak menarik, sangat rendah dan perlu dikaji.
PP/S : Prof Dr Amir Hussin Baharuddin mengatakan jangan dimarah harga naik, cuma yang naik boleh dikawal itu berbeza dengan yang naik dibiarkan.
Cara kawal? Contohnya masalah di malaysia persaingan tidak berapa ada,
terlalu banyak monopoli, masalah akaundibiliti dan kurang
penguatkuasaan.