PART 4:BALA MULA MERASAI HIDUP TERUMBANG AMBING

Hidup mula terumbang ambing dan tidak seperti apa yang dibayangkan tambahan pula kehidupan keluarga juga mula menderita.Bala mula merasakan bahawa dengan wang tidak akan mendapat membeli keselamatan keluarga dan pendidiakan anak-anak terabai.Dia mengambil keputusan untuk merubah semuanya dan kembali ke kehidupan normal, namun ada "tangan " yang mahu menentukan kehidupannya.Dia sedar,walau bagaiaman pun , dia harus melepaskan diri dari cengkaman manusia-manusia ini jika benar-benar mahu bebas.


Bom petrol 'amaran' pada peguam kes akuan Bala

THE CORRIDORS OF POWER


Raja Petra Kamarudin


Q 55. Kenapa anda tidak mahu berterus terang bagaimana akuan bersumpah kedua di buat diketika anda dan keluarga anda berada dalam keadaan selamat?


A. Saya masih berada di sebuah negara yang bukan tempat untuk saya berhijrah dan masih menganggap keselamatan keluarga saya masih lagi terancam.Saya masih merasa bahawa Deepak adalah seoang yang punya hubungan yang kuat dengan berbagai pihak , terutamanya selepas berjumpa dengan seorang VIP yang bergelar datuk di The Curve dan kata-kata beliau masih berada dalam ingatan saya.


Saya juga merasakan bahawa Deepak punya hubungan begitu hebat dimana beliau masih mmepunyai hubungan dengan rakan-rakan dari luar negara dan masih pula mampu untuk mengaturkan segalanya dan juga wanita Siam yang meguruskan visa saya ke India.


Pada masa yang sama juga ,saya merasakan adalah lebih baik saya hanya menurut kata-kata mereka sehinggalah saya merasakan saya bernar-benar dapat meyakinkan keluarga saya bahawa saya mengambil berat tentang keleselamatan mereka.


Saya dan keluarga juga pada ketika itu berada di luar negara dan kami tidak punya sesiapa untuk menjamin kewangan kami.


Q 56.Adakah anda pernah berbual dengan sesiapa selepas ini?


A. Ya. ASP Suresh ada menguhubungi saya dari Kuala Lumpur dan menasihati saya agar menukar hotel dan dengan cara tersebut, pihak polis dari Malaysia tidak akan dapat menguhubungi lagi saya jika mereka mahukan sebarang maklumat lagi dari saya.


Dia memberitahu saya supaya memaklumkan anak saudara saya supaya berhenti berkempen dan bercakap kepada wartawan dan juga memberhentikan acara memasang lilin kerana ini akan membuatkan Deepak merasa marah,saya kemudiannya menghubungi anak saudara saya di Kuala Lumpur dan berhentikan semua acara kempen dan beliau bersetuju.(See the video here: Stop the campaign, PI tells nephew)



Q 57. Adakah anda bertukar ke hotel lain?


A. Ya ,kami (saya dan keluarga) berpindah ke Beverly Hills Hotel. Buat sementara waktu , kemudiannya, kami di hubungi Rajesh memberitahu bahawa visa yang dipohon tidak dapat disiapkan segera dan sekurang-kurangnya 5 hari bekerja.


Deepak kemudiannya menguruskan dengan moneychanger,seseorang yang menjadi orang hubungannya , untuk memberikan kami 100,00 wang siam (Bathy). Dan saya kemudiannya menunggu arahan selanjutnya dari hotel.


Q 58. Apa yang terjadi selepas itu?


A. Pada pukul 2.30 pm pada 11th July Rajesh telah menghubungi saya supaya bergerak ke lapangan terbanguntk mengmbil tiket yang ditempah melalui internet yang akan membawa saya dan keluarga ke Katmandhu, jadi kami mengemaskan barang-barang kami dan bergerak menuju lapangan terbang.


Bagaimana pun setiba di sana , Rejesh menghubungi saya menyatakan bahawa penerbangan hanya akan berlaku pada jam 10 pagi ,keeesokan harinya.Kami kemudiannya mengambil teksi dan menginap di hotel yang lain.


Keesokkannya kami ke lapanganterbang dan mengambil penerbangan Thai dan terus terbang ke Kathmanhu.


Q 59. Apa yang berlaku setelah mendarat di Kathmandhu?


A. Kami kemudiannya di jemput oleh pihak pelancongan Yak & Yeti Hotel yang membawa kami ke hotel.


Q 60. Kenapa anda merasakan patut ke Kathmandu?


A. sebelum memasuki India , kami perlu mendapatkan visa negara tersebut, yang mana ianya tidak boleh dibuat di Bangkok.


ASP Suresh memberitahu saya Deepak tidak mahu kami tinggal lebih lama di Bangkok kerana tidak mahu pihak polis Malaysia tahu kami di situ dan atas sebab itulah dia mahukan kami ke Kathmandhu dan memohon visa dari sana.


Q 61. Berapa lama anda berada di Kathmandu?


A. Kami memohon visa untuk masuk ke India dari Katmandhu.Selepas mendapat visa selama sebulan , kami pun meninggalkan Katmandhu ke New Delhli.Masa itu 22 Julai . Kami berada di Katmandhu selama 10 hari.


Q 62. Berapa lama anda berada di Delhi?


A. Kami tinggal di hotel di Delhi selama 2 malam sebelum ke Madurai dalam perjalanan ke Madras.


Q 63. Bagaimana untuk anda menguruskan visa anda selama sebulan?


A. Visa saya tamat pada 21 ogos 2008,Orang Deepak berjanji kepada saya untuk menyambung tempat tinggal saya selama setahun , tetapi tiada apa-apa perkembangan yang berlaku .Saya terpaksa mendapatkan tambahan selama 1 bulan lagi sehingga 20 september 2008.


Saya kemudiannya menghantar anak dan isteri saya balik ke kuala lumpur untuk tinggal bersama ibumertua saya di Segambut tanpa pengetahuan Deepak.


Saya tinggal di Madras dan cuba mendapatkan penambahan visa.Ejen Deepak kemudiannya menghubungi Kumar cuba membantu saya namun selepas 5 bulan tiada ada apa perkembangan yang berlaku.Saya mula membuat aduan kepada Deepak dan ASP Suresh dan mereka kemudiannya datang melawat saya di Chennai.Deepak kemudiannya meminta Kumar yang kemudiannya memberikan semula passport saya dan juga sijil sakit dan memberitahu saya bahawa saya tidak akan dapat meninggalkan Chennai atas faktor saya menghidapi sakit.Saya diberitahu bahawa ianya harus jadi begini dimana visa saya telah mati dan saya pula tinggal secara haram.


Saya kemudiannya menghubungi isteri saya dan melalui bapa saudara beliau yang menjadi Exco di daerah Karaikal.Dia menguruskan visa saya sehingga 5 september.





Q 64. Adakah anda kembali ke Malaysia semasa dalam tempoh ini?


A. Ya, saya ada kembali beberapa kali.Dan setiap kali saya pulang ke Malaysiai , saya akan melalui jalan Bukit Kayu Hitam dan secara jelasnya jalan haram tanpa melalui imigresen dan kembali mengikut jalan yang sama juga.


Saya tidak menghubungi sesiapa pun setiap kali saya kembali, takut kalau-kalau Deepak dapat mengesannya.Hanya seoarang sahaja yang tahu saya kembali ke Malaysia ialah ASP Suresh, tetapi beliau tidak memberitahu Deepak.Beliau merasakan terlalu kecewa kerana mengetahui bahawa saya menghantar anak dan isteri saya ke Malaysia. Namun saya jelaskan bahawa saya tidak boleh meebiarkan anak saya kerana mereka tidak boleh bersekolah di Chennai.


Bila sahaja saya kembali ke Malaysia , saya akan tinggal di rumah ibu mertua saya di Segambut.


Q 65. Dimana isteri awak sentiasa tinggal semasa berada di Malaysia.?


A. Isteri saya tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut dan menguruskan anak-anak saya bersekolah di Sentul.Dia ada datang ke Chennai beberapa kali bersama anak-anak untuk melawat saya.


Q 66. Dimana anak dan isteri awak berada sekarang?


A. Mereka di Chennai.Saya masukkan dua anak saya ke sekolah di sini.Isteri saya mungkin akan kembali ke Malaysia jadi anak saya yang bongsu akan bersekolah di Kuala Lumpur. Saya pula akan bersama anak saya yang sulung di Chennai.


Q 67.Bolehkah anda ingat tarihkh anda kembali ke Malaysia?


A. Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 to 05.03.2009. Semasa tempoh ini saya bertemu Deepak di pejabat beliau di Sungai Besi.Dia begitu bimbang saya kembali ke Malaysia dan mengarahkan saya kembali semula ke Chennai seberapa segera.Dia katakan kepada saya bahawa nyawa saya dalam bahaya jika saya tinggal di sini lebih lama.


Kali kedua saya kembali ke Malaysia adalah dari 11.04.2009 to the 02.05.2009.


Kali ke tiga saya kembali ke Malaysia ialah akhir July 2009.


Q 68.Apa yang anda lakukan semasa balik pada akhir bulan Julai?


A.Saya mengambil keputusan untuk menghubungi peguam saya Americk Siddhu dan menerangkan apa yang telah berlaku selama lebih setahun lalu yang saya merasa tidak selesa dan seronok atas apa yang berlaku ke atas saya.


TO BE CONTINUED





TEMURAMAH BERSAMA BALA-PIHAK POLIS BERTEMU BALA PART 3.





TERJEMAHAN WRLR

No comments: