JAWAPAN TUDUHAN WALAUN TERHADAP KERAJAAN KINI. MEREKA GAGAL..MEREKA MULA MENYERANG TAPI TERPALIT DIMUKA SENDIRI.

Bila kerajaan dan pimpinan ko tak turun kan judi dan menerima jenama Timah sebagai arak tanpa bantahan. Walaun yang tak cerdik.



Jawapan Ayahanda Rani Kulup yang bijak buat walaun yang jahat.


Ini sahih tak solat ni. Azan pun tak dengar. Walaun yang jahil rasanya.


 

LAGI TENTANG MUHYIDDIN


 

PENDEDAHAN ANNUAR MUSA DUIT DALAM BILIK MAHIADDIN UNTUK UMNO SABAH BERPULOH JUTA


 

PAK CIK INI SARAN RAFIZI KETUAI KDN DENGAN PENDEDAHAN YANG LEBIH MELUAS


 

Kedutaan asing ucap tahniah kepada Anwar


Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada perwakilan asing sejurus mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. (Gambar JPN)

KUALA LUMPUR: Perwakilan asing di negara ini menghantar ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada hari ini.

Mesej tahniah pertama yang diterima sejurus selepas Anwar mengangkat sumpah pada 5 petang adalah daripada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters.

“Tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pemilihannya sebagai perdana menteri Malaysia ke-10. Kedutaan AS Kuala Lumpur berharap untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik AS-Malaysia di bawah kepimpinan anda,” katanya pada mesej yang disiarkan di akaun Twitter rasmi kedutaan US Embassy KL, hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Justin Lee dalam akaun Twitter rasminya juga menghantar mesej ucapan tahniah kepada Anwar.

Lee juga menyiarkan gambar beliau bersama Anwar.

“Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia ke-10!. Australia & Malaysia adalah kawan yang paling rapat.

“Suruhanjaya Tinggi Australia berharap dapat bekerjasama dengan pasukan anda di bawah perkongsian strategik komprehensif kami,” tulisnya di Twitter.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko ketika mengucapkan tahniah kepada Anwar berkata beliau amat berharap kerajaan baharu akan memimpin Malaysia dalam perpaduan dan seterusnya mempromosi hubungan Jepun-Malaysia.

“Tahniah kepada Anwar Ibrahim @anwaribrahim yang telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10,” tweet beliau.

Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas lima hari kebuntuan politik berhubung Parlimen yang tergantung susulan keputusan pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov.

KISAH PARA LEBAI DAN WALAUN SAMPAI NAK BERBUNUH- INIKAH POLITIK YANG DIKATAKAN POLITIK ISLAM


 

PM UMUM CUTI PADA ISNIN DEPAN


 

NANTI JANGAN KATA ANWAR TAK HAPUS JUDI PULAK - MASA KAMU JADI KERAJAAN RUU355 PUN TARAK MALAH JUDI PUN KAMU TAK DAPAT NAK TURUNKAN SEMULA


 

UNDI PERCAYA DI PARLIEN. INI TIDAK DILAKUKAN OLEH MAHIADDIN KERANA ALASAN PKP- 19 DISEMBER


 

PM Singapura, Jokowi ucap tahniah kepada Anwar.

 


Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kiri) dan Presiden
 Indonesia Joko Widodo antara yang mengucapkan tahniah kepada
 Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Singapura dan Indonesia mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata beliau tidak sabar menemui rakan sekerjanya dari Malaysia itu bagi membincangkan isu yang dihadapi bersama dua negara ini, selain mengukuhkan hubungan dua hala, lapor Bernama.

Katanya, pelantikan Anwar berlaku dalam pada pelbagai cabaran besar dihadapi di rantau ini malah di peringkat antarabangsa.

“Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.

Sepanjang pandemik Covid-19, Lee berkata kedua-dua negara telah menjadi rakan kongsi yang teguh menyokong antara satu sama lain.

“Kami juga telah menjadi rakan kongsi rapat di Asean, yang kekal menjadi pusat kepada kestabilan di Asia Tenggara di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menghubungi pengerusi Pakatan Harapan itu selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata pemimpin yang lebih mesra digelar Jokowi itu menjadi pemimpin pertama yang menghubunginya.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi (pelaburan), budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” kata Anwar.

Dalai Lama dan beberapa duta besar ke Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

SAHIH DELIGASI TURKI AKAN MEMBUAT LAWATAN SAMBIL KERJA KE MALAYSIAI


 

[LIVE] Sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PM10: Anwar heads to Istana Negara for swearing-in ceremony

[LIVE] Malaysia swears in Anwar Ibrahim as new prime minister

Anwar Ibrahim Becomes Malaysia's Prime Minister



Opposition leader Anwar Ibrahim is set to become Malaysia's prime minister. His reformist Pakatan Harapan will lead the next government after being chosen by King Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, the palace said in a statement. Juliette Saly reports on Bloomberg Television.

Anwar Ibrahim makes history as tenth Malaysian prime minister

Ucapan tahniah banjiri media sosial selepas Anwar diisytihar PM

Ucapan tahniah daripada pemimpin politik dan warga maya membanjiri media sosial selepas Pengerusi Anwar Ibrahim diumumkan sebagai perdana menteri Malaysia kesepuluh. Pelantikan Pakatan Harapan itu turut menjadi tajuk utama agensi berita di seluruh dunia termasuk BBC dan The Washington Post.

Air mata isteri, anak jatuh bila saksi video kenangan Anwar


Air mata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mengalir di kala menyaksikan video berdurasi 8 minit berkisar mengenai perjuangan reformasi dalam kenangan yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika menyaksikan video tersebut, mereka melihat luahan Anwar yang datang buat kali terakhir apabila melihat jenazah ibunya semasa beliau dibenarkan keluar untuk memberi penghormatan terakhir.

MALAYSIA: ANWAR SUPPORTERS CLASH WITH RIOT POLICE

MALAYSIA: ANWAR IBRAHIM SUPPORTERS CLASH WITH RIOT POLICE

Laungan Reformasi Nurul Izzah & Adiknya Tahun 1998

ANWAR SAH PM10 MALAYSIA- R E F O R M A S I

 

Pengerusi PH dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim akhirnya sah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 bagi Malaysia.

Beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pukul 5.00 petang ini.

Pengumuman perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri diumumkan melalui kenyataan media oleh Istana Negara, sebentar tadi.

Di bawah adalah kenyataan media Istana Negara itu:-

Yang nyata, dengan terlantiknya Anwar sebagai Perdana Menteri ini, seluruh negara begitu gembira menyambutnya.

Di merata-rata – alam nyata dan alam maya – gambaran kegembiran itu terlihat begitu luar biasa sekali.

Moga-moga negara terus cemerlang selepas ini. – ShahbudinHusin 24/11/2022.


LOKMAN ADAM MENGAMUK TERHADAP HISHAMUDDIN


 

[LANGSUNG] Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke-10 | 2...

OK PULAK DAP- KATA HADI AWANG


 

Warganet teruja, gembira rai pelantikan Anwar


Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-10.

PETALING JAYA: Warganet menyuarakan kegembiraan dan keterujaan di media sosial berhubung pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Ucapan tahniah mula memenuhi media sosial sejurus selepas Istana Negara mengumumkan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai perdana menteri ke-10.

“Tahniah DSAI (Dato Seri Anwar Ibrahim)…sangat gembira untuk anda! Penantian yang berbaloi,” kata pengguna Facebook, Krishnaveni Mahalingam.

Seorang lagi pengguna, Low Lye Yuan lega dengan pengumuman itu dan tidak sabar melihat negara ini ditadbir dengan baik dan ekonomi lebih kukuh di bawah pentadbiran Anwar.

“Tahniah Anwar. Tolong satukan negara ini ketika pemerintahan anda dan kembalikan Malaysia ke landasan betul,” kata Choon Meng.

Pengguna Twitter, @SanjuDaVinci menyifatkan ini sebagai “permulaan era baharu” dan “keadilan menang”.

Seorang lagi pengguna, @CHKen_2 memuji ketabahan Anwar sepanjang kerjaya politiknya.

“Kebangkitan Anwar adalah sesuatu (yang memberi inspirasi) kepada generasi akan datang. Menunggu selama 24 tahun untuk ini, mengharungi pelbagai tikam belakang politik, malah dipenjarakan – tetapi tidak pernah melupakan prinsipnya. Terus percaya.”

Anwar akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 petang ini.

TEMURAMAH PERTAMA BERSAMA MEDIA LUAR NEGARA-.


 

Anwar diiringi polis bertolak ke Istana Negara.Bukan lagi ke penjara.

 Anwar diiringi polis bertolak ke Istana Negara

Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan:  Nov 24, 2022 

HARI 5 | Usaha menentukan perdana menteri yang kesepuluh diteruskan dengan Istana Negara mahu parti-parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.


Polis iring Anwar ke Istana Negara

4 petang: Kira-kira 10 kenderaan pengiring polis bertolak dari kediaman Anwar Ibrahim, menuju ke Istana Negara.

Anwar PM10, angkat sumpah 5 petang ini

 

17

HARI 5 | Usaha menentukan perdana menteri yang kesepuluh diteruskan dengan Istana Negara mahu parti-parti politik menubuhkan kerajaan perpaduan.