Pengerusi PH dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim akhirnya sah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 bagi Malaysia.
Beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pukul 5.00 petang ini.
Pengumuman perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri diumumkan melalui kenyataan media oleh Istana Negara, sebentar tadi.
Di bawah adalah kenyataan media Istana Negara itu:-
Yang nyata, dengan terlantiknya Anwar sebagai Perdana Menteri ini, seluruh negara begitu gembira menyambutnya.
Di merata-rata – alam nyata dan alam maya – gambaran kegembiran itu terlihat begitu luar biasa sekali.
Moga-moga negara terus cemerlang selepas ini. – ShahbudinHusin 24/11/2022.