Kekal tenang, kita masih di hadapan, kata Hadi.
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang meminta penyokongnya kekal tenang buat masa ini.
Ini kerana katanya, parti itu sedang mengusahakan sesuatu dan masih berada di hadapan.
“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.
“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya di Twitter.
Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada pembentukan kerajaan persekutuan dan pemilihan perdana menteri ke-10.
Ia susulan keputusan Umno menyokong Barisan Nasional (BN)mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui PN, semalam selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan PN, dan Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengisytiharkan ia menolak cadangan Agong yang mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.