Penamaan calon Pilihan Raya Kecil Padang Serai, Kedah sempurna dilakukan pagi ini.
Pakatan Harapan (PH) kekal mencalonkan Dr Mohamad Sofee Razak (gambar, kiri sekali), 47, sebagai calon di kerusi tersebut sebagaimana diumumkan malam tadi.
Dr Sofee yang merupakan seorang peguam dan juga Setiausaha Amanah Kedah akan mempertahankan kerusi Padang Serai yang dimenangi mendiang Karupaiya Mutusami dari KEADILAN sebelum ini.
Beliau akan bertembung calon PN Datuk Azman Nasrudin, Datuk Sivaraj Chandran (BN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Ananda K (Bebas) dan Mohd Bakri Hashim (Warisan)
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi awal pada sabtu 3 Disember 2022 dan hari membuang undi pada 7 Disember 2022.
Penamaan calon dilakukan di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim..