ANA TANYA , USTAZ JAWAB...KAH..KAH...KAH




 

Pemimpin bercanggah pendirian, bagaimana PH boleh kerjasama dengan Bersatu?

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Dalam PH, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyokong kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi segelintir pemimpin DAP menentangnya.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis cuba menunjukkan bagaimana Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memecahbelahkan pakatan pembangkang.

Menyentuh pandangan bercanggah parti komponen PH mengenai kerjasama dengan Bersatu, ahli sains politik Wong Chin Huat berkata, kerjasama politik boleh datang dalam bentuk barisan bersatu atau pakatan untuk mengelak pertembungan, atau pakatan separa yang bertujuan untuk meminimumkan pertembungan banyak penjuru.

Beliau berkata, mustahil bagi PH dan Bersatu membentuk barisan bersatu disebabkan perbezaan ideologi, dan pakatan yang teguh juga sukar dibina disebabkan permusuhan antara PAS dan Amanah serta antara PKR dan bekas ahlinya yang kini menganggotai Bersatu.

Bagaimanapun, katanya pakatan separa boleh diwujudkan.

Wong Chin Huat.

“Bersatu, PKR dan Amanah berminat untuk bekerjasama. Mereka bimbang akan kehilangan beberapa kerusi kecil pada PRU15 dan sanggup membuat perjanjian,” katanya kepada FMT.

“Jika rundingan itu berjaya, kita mungkin melihat perjanjian separa. Sebagai contoh, Bersatu mungkin mengelak pertembungan dengan Amanah dan PKR – kecuali di kerusi yang dipegang geng Azmin Ali – tetapi masih berdepan DAP di beberapa kerusi tetap.

“Sementara itu, PAS mungkin membuat perjanjian dengan PKR tetapi masih menyasarkan kerusi Amanah.”

Ditanya sama ada beliau berpendapat PAS akan berpisah dengan Bersatu disebabkan pendirian berbeza mengenai kerjasama dengan PH, Wong bercakap mengenai hubungan bawah payung Perikatan Nasional yang seperti “perkahwinan demi kesenangan”.

Katanya, ikatan itu tidak ada kaitan dengan keyakinan parti Islam berkenaan terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang menerajui Bersatu.

“Apa yang penting pada PAS adalah bagaimana ia boleh melindungi kawasannya daripada pertembungan banyak penjuru dan sama ada ia boleh menumpaskan Amanah,” katanya.

Baru-baru ini, Muhyiddin berkata, Bersatu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Ini bertentangan dengan pendirian sekutunya dalam PN, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang berkata, partinya tidak akan bekerjasama dengan PH.

Dalam PH, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyokong kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi pemimpin DAP seperti Loke Siew Fook dan Lim Guan Eng menentangnya.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, beliau percaya PN “mungkin berpecah” disebabkan pendirian bercanggah Bersatu dan PAS untuk bekerjasama dengan PH, dan PAS akan mempertimbangkan memulihkan pakatan Muafakat Nasional dengan Umno.

Beliau berkata, Bersatu mungkin sedar bahawa satu-satunya harapan mereka untuk terus memegang sedikit kuasa adalah untuk menjalin hubungan dengan PH.

“Namun, PAS tidak boleh bersekutu dengan DAP sekali lagi, setelah ia berjaya menanam dalam diri orang Melayu dakwaan DAP anti-Melayu,” katanya.

“Ahli Bersatu masih mempunyai DNA Umno dalam diri mereka. Tanpa jawatan berkuasa, Bersatu berisiko dilupakan.”

‘Khemah besar’ rabak Bersatu sesak?

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Entah kerana semakin yakin atau semakin terdesak, Bersatu mula mengumumkan ‘lelong’ kuasa memerintah negara dengan mana-mana parti yang memusuhi Umno dan Barisan Nasional.

Presiden Muhyiddin Yassin berkata, partinya bersedia menyertai agenda ‘khemah besar’ yang dibawa oleh blok pembangkang dan berunding bagi menghadapi PRU15.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kerjasama antara parti penting bagi memastikan saingan satu lawan satu dengan BN pada PRU15, sekali gus mengelakkan perpecahan undi. Katanya, rundingan awal membentuk kerjasama itu sudah berlaku dan beliau merumuskan ada petanda memberangsangkan.

Namun beliau tidak menyebut dengan parti mana Bersatu berunding.

Jika diamati, pendekatan Muhyiddin itu bukan formula baru. Ia digunakan dalam PRU14 pada 2018. Bersatu ketika itu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH). Namun setelah berjaya menumbangkan Umno-BN, lain pula olahnya. Akibatnya bekas pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad, sampai sekarang belum lerai dendamnya kerana konsep ‘khemah besar’ itu mencemari rekod politiknya.

Tanpa berselindung, Mahathir berkata Muhyiddin telah ‘menikam dari belakang’ dengan membawa Bersatu keluar PH dan memancing ahli Parlimen kerabat PH sendiri menyertainya untuk menubuhkan PN. Mahathir terpaksa meletak jawatan dan Muhyiddin pula menjadi perdana menteri baru. Kini Mahathir membaca Muhyiddin mahu mengulangi kejayaan itu.

Dalam PN setakat ini Bersatu menjalin kerjasama dengan PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP), dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star). Persoalannya apakah strategi ini masih relevan dalam realiti politik Malaysia hari ini?

Mahathir tidak mudah lupa betapa getirnya bila dikhianati. Maka tidak hairan apabila Muhyiddin menemuinya untuk menggerakkan rundingan kerjasama 2.0, beliau bersikap sinis. Beliau merumuskan usaha Muhyiddin itu sebagai cara ahli Parlimen Pagoh itu mendapatkan bantuannya menjadi perdana menteri sekali lagi. Mungkin hakikat sebenarnya memang sedemikian.

Mungkin bagi Mahathir, Muhyiddin sudah tidak ada nilai politik kerana bekas anak didiknya itu kini menghadapi masalah kepercayaan dua tahap. Satu, Muhyiddin menggerakkan Langkah Sheraton dan menjatuhkan kerajaan PH pimpinannya.

Tahap kedua ialah apabila Muhyiddin kemudian gagal mengatasi masalah negara yang diserang pandemik Covid-19 yang hampir meranapkan ekonomi. Dalilnya. Muhyiddin sendiri terpaksa meletakkan jawatan perdana menteri!

Justeru, dalam usaha menggembleng parti-parti pembangkang mengulangi formula PH menumpaskan Umno, Mahathir mengambil sikap sinis. Kesan langsungnya, sejak Langkah Sheraton digerakkan Muhyiddin, Malaysia tidak lagi tenteram dan rakyat amat kecewa kerana mandat yang mereka berikan dijadikan satu modal perjudian politik untuk berkuasa.

Mengambil isyarat Mahathir itu, defisit kepercayaan dihadapi Muhyiddin semakin melebar sehingga sekarang nyawa politik beliau dan Bersatu dalam kerajaan banyak bergantung pada ihsan Umno yang kini hendak dijatuhkan Muhyiddin.

Penelitian Mahathir agak muktamad. Baik parti Pejuang mahupun Muda dilihat tidak terangsang dengan konsep politik ‘khemah besar’!

DAP yang memang kurang mesra politik Melayu-Islam Bersatu awal-awal lagi menyatakan pendiriannya lemas terhadap politik Muhyiddin ini. Apatah lagi ia rimas dengan politik PAS, yang akrab Bersatu. Bagi DAP, politik PAS ‘bak pinggang tak retak nasi tak dingin’. Sekali PAS tak hendak beribu kali DAP tidak ingin bekerjasama dengan Bersatu!

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataannya menjelaskan, konsep ‘khemah besar’ dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama blok pembangkang tanpa membabitkan PN diterajui Bersatu.

Bagaimanapun beliau menegaskan isu kerjasama antara PH dengan PN tidak sepatutnya timbul dan dikaitkan dengan usaha menyatukan parti pembangkang menerusi agenda ‘khemah besar’. Pendirian Anthony itu senada dengan pendapat Presiden Amanah Mohamad Sabu, bahawa tidak timbul cadangan menarik penyertaan PN, apatah lagi PAS ke dalamnya.

Namun, Muhyiddin berharap, pemimpin parti lain turut mempunyai matlamat dan pemikiran bagi merealisasikan kerjasama politik demi membentuk sebuah kerajaan yang boleh menjamin masa depan negara yang lebih baik.

Dalam hubungan ini persoalan yang dilontarkan oleh bekas ketua Pemuda DAP, Howard Lee, amat menarik dan membenihkan persepsi terhadap pendirian Muhyiddin dan Bersatu. Beliau mempersoalkan keikhlasan Bersatu bekerjasama dengan parti lain bagi menentang BN dalam PRU15 kerana sehingga kini Bersatu masih lagi bersama Umno dalam kerajaan.

Lee berkata, sekiranya Bersatu ikhlas ingin melihat tadbir urus negara yang lebih baik, mengapa tidak memikirkannya sebelum mengkhianati PH.

“Sekiranya ikhlas hendak melawan Umno, dan hendak menunjukkan ketulusan berjuang demi kepentingan negara, mengapa masih bersama mereka dalam kerajaan?”

Bagaimanapun, Lee berkata, jika perbincangannya berdasarkan agenda pentadbiran dan dasar membangunkan negara yang menang-menang, pintu tidak pernah ditutup.

“Sekiranya ia berdasarkan menang-menang politik, mengapa tak fikirkannya sebelum mengkhianati PH dan mandat rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Strategik Amanah, Khalid Samad secara lantang mempersoal janji Bersatu.

“Mereka telah khianati PH dulu. Apa jaminan mereka tidak akan khianati kita sekali lagi?,” soal Khalid.

Tidak kurang menarik juga diperhatikan gelagat PAS, rakan akrab Bersatu dalam PN. PAS menolak mentah-mentah kemungkinan kerjasama dengan PH yang turut dianggotai DAP. Pengarah pilihan raya PAS merangkap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata perbincangan mengenai kerjasama politik itu membabitkan PH dan PN, dengan PAS hanya komponen dalam PN.

“Yang berbincang adalah PN dan PH. PAS buat keputusan menolak dan tidak akan menyertainya. PN ini jika PAS tidak turut serta, maka ia tidak akan cukup kerusi.

“PAS tolak sebarang pakatan untuk bentuk kerjasama baharu membabitkan PKR. Kita sudah ada pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat dan semua strategi itu tidak akan berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, bagaimanakah Umno sendiri melihat kecamuk dalam kalangan parti-parti pembangkang mahu memerangkapnya sekali lagi?

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, berkata agenda ‘khemah besar’ yang dijangka dibawa oleh PH bagi menghadapi PRU15 bukan semudah ‘memasak pisang goreng’.

Katanya, adalah perkara biasa untuk parti politik mencari jalan dan apa juga kaedah untuk menghadapi PRU dan lawan mereka juga perlu bersiap sedia dengan strategi tersendiri.

“Di pihak PH, kalau mereka ada ‘khemah besar’, itu kita anggap sebagai persaingan, tetapi saya tak fikir untuk membina ‘khemah besar’ ini semudah nak buat pisang goreng. Apa pun, kita kena hadapi dan ada persediaan serta strategi kita,” katanya.

Jika PAS tidak mahu ‘khemah besar’ yang diuar-uarkan Muhyiddin, dan parti komponen PH juga tidak ingin bersama PAS mahu pun Bersatu, begitu juga dengan Umno, apakah Muhyiddin terpaksa akur, jangka hayat Bersatu, mahu pun PN, makin pendek ketika negara makin dekat pada PRU15?

BOLEH BAH KALAU KAU- NANTI KAMI UNDI LAGI YA


MOHD SHAH RIM






 

ALHAMDULILLAH DAH KENA ANGKUT- MENYUSAHKAN PIHAK SEKOLAH..-TAHNIAH PDRM

 

Sahih sudah di angkut...Terbaik PDRM...👍👍
SIARAN MEDIA IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI
MAKLUMAN KES MERUSUH MELIBATKAN PELAJAR SEKOLAH, LANGKAWI.
ACP SHARIMAN BIN ASHARI
Ketua Polis Daerah Langkawi, Kedah.

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM 29 APRIL

 Kenyataan Media

29 April 2022
Hari demi hari negara dikejutkan dengan pelbagai perkara yang saya kira amat mendukacitakan dan membimbangkan.
Pertamanya isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara terkait Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Kedua, isu melibatkan Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002. Malaysia mesti mendapatkan keadilan bagi pihaknya sekiranya kita benar-benar melawan rasuah dan kebobrokan.
Ketiga, pendedahan terkini di mahkamah di New York, Amerika Syarikat yang menyentuh isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keempat, kes melibatkan Serba Dinamik serta Suruhanjaya Sekuriti.
Kelima, projek mega pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dianugerahkan kepada konglomerat Digital Nasional Berhad (DNB) yang berpotensi untuk meledak seperti skandal 1MDB.
Keenam, kejatuhan parah matawang Ringgit Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi ekonomi.
Dan yang terakhir adalah berkaitan kos sebenar projek MRT yang kini mencecah RM60 bilion. Hal semasa terkait inflasi dan harga barang juga mesti ditangani dengan baik agar beban kepada rakyat dapat dikurangkan.
Isu-isu yang saya senaraikan ini memerlukan tindakan dan langkah serta penjelasan segera. Perdana Menteri tidak seharusnya berdiam diri tatkala hal-hal mendesak ini terus mencengkam negara dan rakyat, serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Memorandum Persefahaman (MoU).
Saya fikir sekiranya ia tidak ditangani dan dibetulkan, maka Malaysia akan menemui kepayahan untuk bangkit semula sebagai tatanan yang baik, berintegriti dan bertanggungjawab.
Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan.
Saya menyeru rakyat supaya sedar dan menolak kelesuan ini serta bangkit menuntut perubahan sebaiknya.
ANWAR IBRAHIM
May be an image of 7 people, people standing and indoor

TU DIAA AIHHHH. PUNYA LA TERUK...PAIP BOMBA PUN TARAK

 

Musibah kebakaran di Kota Bharu, kerajaan wajib bertanggungjawab


AMANAH Kelantan menegaskan bahawa kerajaan Pusat dan negeri wajib bertanggungjawab dalam musibah kebakaran membabitkan sembilan rumah di belakang Pasar Berek 12 pagi semalam.

Pengerusinya, Ustaz Muhammad Husain berkata, tragedi yang menyaksikan api merebak dengan cepat itu berkaitan dengan masalah ketiadaan sumber air yang boleh digunakan oleh pihak bomba.

“Atas apa alasan sekalipun pihak kerajaan sama ada di pihak kerajaan Persekutuan dan negeri wajib bertanggungjawab dalam isu ini dengan kegagalan untuk menyediakan kemudahan air yang menjadi keperluan penting,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat kebakaran menjelang Syawal itu bukan sahaja musibah tetapi melibatkan tadbir urus kerajaan yang dilihat gagal menyelesaikan keperluan rakyat terutama dalam perkara yang melibatkan kesihatan dan lebih-lebih lagi keselamatan.

Untuk rekod, kebakaran kira-kira jam 9.35 pagi semalam berlaku ketika cuaca panas dan berangin.

Pihak bomba akan menyiasat punca kejadian dari pelbagai aspek termasuk dakwaan bunyi letupan seperti mercun bola sekiranya ada laporan sedemikian.