TU DIAA AIHHHH. PUNYA LA TERUK...PAIP BOMBA PUN TARAK

 

Musibah kebakaran di Kota Bharu, kerajaan wajib bertanggungjawab


AMANAH Kelantan menegaskan bahawa kerajaan Pusat dan negeri wajib bertanggungjawab dalam musibah kebakaran membabitkan sembilan rumah di belakang Pasar Berek 12 pagi semalam.

Pengerusinya, Ustaz Muhammad Husain berkata, tragedi yang menyaksikan api merebak dengan cepat itu berkaitan dengan masalah ketiadaan sumber air yang boleh digunakan oleh pihak bomba.

“Atas apa alasan sekalipun pihak kerajaan sama ada di pihak kerajaan Persekutuan dan negeri wajib bertanggungjawab dalam isu ini dengan kegagalan untuk menyediakan kemudahan air yang menjadi keperluan penting,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat kebakaran menjelang Syawal itu bukan sahaja musibah tetapi melibatkan tadbir urus kerajaan yang dilihat gagal menyelesaikan keperluan rakyat terutama dalam perkara yang melibatkan kesihatan dan lebih-lebih lagi keselamatan.

Untuk rekod, kebakaran kira-kira jam 9.35 pagi semalam berlaku ketika cuaca panas dan berangin.

Pihak bomba akan menyiasat punca kejadian dari pelbagai aspek termasuk dakwaan bunyi letupan seperti mercun bola sekiranya ada laporan sedemikian.






















No comments: