RAKYAT SABAH NAK TUNTUT MA63....

 


Sabah ni kalau ditadbir oleh "orang" yang betul pasti sudah maju dan rakyatnya hidup dengan selesa. Tapi amat malang sehingga hari ini Sabah hanya ditadbir oleh "kerbau" yang menunggu arahan tuannya sahaja.
Majoriti rakyatnya tidak mampu memiliki tapak tanah untuk dibina rumah. Ada yang bertanah tetapi masih menjadi pertikaian di mahkamah. Ratus ribu ekar pula dimiliki oleh beberapa "kerbau" belaan. Wilayahnya cukup kaya dengan hasil bumi. Simpanan minyaknya bernilai trillion. Belum lagi dikira nilai emas yang berada diperut buminya. Jurang diantara kaya dan miskin begitu ketara. Bilangan rakyatnya hanya sekitar 3.3 juta sahaja tetapi lebih 70 peratus dalam kategori miskin tegar. Tahap pendidikannya yang begitu rendah sehinggakan ada yang tidak pernah bersekolah.
Ratus ribu anak Sabah terpaksa berhijrah untuk meneruskan hidup.
Kekayaan Sabah hanya dikongsi oleh segelintir "kerbau" diantara mereka.
Bangkit anak muda. Kita perbetulkan kesalahan masa lampau supaya generasi kita yang akan datang tidak perlu menempuh perkara sama yang kita sedang alami.
Kita tuntut MA63!