Hutan menampung jutaan - jutaan hidupan Anugerah Allah.
Dari sisi lain, hutan kita adalah penempatan genetik, koleksi spesis, eko sistem, landskap, populasi, sumber air dan sumber kekayaan bukan balak.
Dari segi frame masa, sesebuah hutan yg kita miliki, bukan lahir semalam.
Untuk hutan ini menjadi se kaya yg kita miliki, ia melalui proses ribuan bah kan jutaan tahun perjalanan ekologi.
Nilai sebenar khazanah hutan dari aspek genetik dan kepelbagaian hidupan belum diketahui.
Hanya sebahagian kecil dari kekayaan khazanahnya yg sudah difahami.
Pemetaan kekayaan hidupan, screening dan penyenaraian inventori penuh hutan-hutan kita belum pernah dilakukan secara menyeluruh dan bersakla besar.
Bukan sahaja kita, dunia sendiri belum memahami sepenuhnya sumbangan dan peranan Hutan Hujan Tropika ini kepada kesejahteraan manusia sejagat.
Masakan Allah menciptakan hutan yg begitu luas dan kaya hanya untuk tebangan balak.
Satu yg hampir pasti - semakin kita memahami rahsia hutan-hutan ini, semakin kita mengetahui ketergantungan setiap hidupan antara satu sama lain dalam sebuah keteraturan ekologi.
Allah telah menciptakannya dengan indah, tersusun, berguna dan lengkap sebagai sebuah kesatuan dalam kepelbagaian.
Mengapakah kita tidak bersyukur dengan anugerah ini?
Menggunakan mana yg diperlukan tanpa memusnahkan?
Pembalakan tebang habis atas Hutan Simpan Kekal seluas sekitar 600,000 ekar dalam tempoh yg relatif singkat di Kelantan adalah satu pemusnahan besar Kekayaan Kepelbagaian Kehidupan.
Sekali pemusnahan berlaku, tidak akan kita ketemui lagi gantinya untuk selama-lamanya.
Memang benar. Kita belum mengetahui nilai khazanahnya.
Namun, bagi orang ber'akal, harta yg dimiliki tetapi belum diketahui nilainya tidak perlu dibuang atau dibinasakan.
Lihatlah nilai khazanah hutan melebihi balak tebang habis semata-mata.
Satu hari kita akan menyesal atas kegopohan kita itu.