NILAI RINGGIT MERUDUM PUNCA MENINGKATNYA INFLASI


LIYANA MARZUKI


 Nilai Ringgit Malaysia makin lemah berbanding dollar Amerika dan Singapura. Ada pakar ekonomi menjangkakan RInggit akan jatuh lebih teruk penghujung tahun ini.

Ini merisaukan kita. Bila ringgit lemah, akibatnya inflasi akan terus meningkat dan harga barang akan terus-menerus naik.
Kalau kita bandingkan prestasi ekonomi kita dengan Thailand dan Indonesia, kita sudah ketinggalan.
Kenapa agaknya?
Satunya kerana politik kita sungguh tidak stabil. Tikam-menikam dan gila kuasa sang politikus menebamkan negara. Di samping Itu juga ketirisan dan rasuah yang berleluasa. Membuatkan pelabur pun lari.
Saya pernah tulis dulu mengenai hyperinflasi di Venezuella. Bagaimana politikus korup menjahanamkan negara sehingga rakyat merempat di negara sendiri.
Sampai wang mereka tiada nilai, pekerjaan dalam negeri tiada. Kemiskinan merata.
Walhal Venezuella punya rizab minyak antara yang tertinggi di dunia.
Jangan biarkan ia berlaku di Malaysia.
Kena ingat, kalau negara melingkup, tang mana pulak kita nak perkuatkan agama dan bangsa?
NB- ingat dulu kalau RM jatuh, meroyan la PM6 di FB hari2 komplen Kerajaan tak kompeten. La ni, hanya dengar cengkerik di belah sana.
Nescaya, lepas kena cuit ni, penulis hantu (ghost writer) FB dia spin la mana patut 😅