Setinggan di Butterworth dapat rumah percuma RM60,000


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Jagdeep Singh Deo (dua dari kanan) dan Satees Muniandy (kanan) menunjukkan gambaran artis kediaman baharu kepada penduduk di Komtar hari ini.

GEORGE TOWN: Lebih 300 penduduk setinggan di Butterworth akan mendapat rumah percuma daripada kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM22.4 juta bagi projek penempatan semula.

Rumah itu diperuntukkan kepada penduduk di Kampung Ujong Batu – penempatan lama di muara sungai Perai, yang mempunyai kira-kira 300 kediaman dan pernah didiami pekerja di limbungan berhampiran.

Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan Pulau Pinang membeli 353 unit di bangunan kediaman baharu dinamakan Pangsapuri Suria, yang dibina 500m dari Harbour Place.

Beliau berkata, penduduk akan menerima kunci kediaman seluas 663 kaki persegi yang bernilai RM60,000 itu dalam tempoh dua tahun.

“Kami memberi penduduk kampung ini rumah baik yang dilengkapi semua kemudahan. Ini adalah pangsapuri berkualiti tinggi,” kata pengerusi jawatankuasa perumahan negeri itu di Komtar.

ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy berkata, tapak kampung berkeluasan 5ha yang dikelilingi tanah berpaya itu milik kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan tanah itu selepas penempatan itu ditinggalkan.

“Pejabat saya membelanjakan RM40,000 setiap tahun untuk membaiki rumah di kawasan penempatan itu yang sering mengalami kerosakan,” katanya.

No comments: